Salam sejahtera..
Alhamdullilah....
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
· sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
· pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
• sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
• sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
• sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
• sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
• pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
• sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
• org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa
• sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
• Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan
• sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
• sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
Sekian.
Terima kasih.