Translate

Jumaat, 10 April 2015

PERBANYAKKAN BERTASBIH DAN BERTAHMID

Assalammualaikum dan salam sejahtera





satu pekerjaan yang mudah tetapi jarang diambil perhatian walaupun mengandungi hikmah seperti dipandang mulia disisi ALLAH dan malaikat. Apakah perbuatan tersebut? Antaranya adalah ZIKIR-ZIKIR ringan yang terdiri daripada TASBIH , TAHMID , ISTIGHFAR dan KALIMAH TAUHID. Ia terdiri daripada tujuh ( 7 ) jenis ZIKIR seperti berikut:


  1. mengucapkan BISMILLAH pada setiap kali hendak melakukan sesuatu pekerjaan.
  2. mengucapkan ALHAMDULILAH setiap kali sesudah melakukan sesuatu tugas.
  3. mengucapkan ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap menyebut perkataan yang tidak sepatutnya.
  4. mengucapkan  INSYA ALLAH jika merencanakan melakukan sesuatu pada masa akan datang.
  5. mengucapkan LA HAULA KAUWATA ILLA BILLA jika berhadapan dengan sesuatu yang tidak disukai atau diingini.
  6. mengucapkan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN  jika berhadapan dengan sebarang musibah.
  7. mengucapkan LA ILAHA ALLAH MUHAMMAD RASULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.

selain itu juga , banyak ZIKIR yang sunat diamalkan dalam kehidupan seharian. Antaranya seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH, DAN ALLAHUAKBAR setiap kali usai solat dan sebelum melelapkan mata pada malam hari. Zikir ini akan mendatangkan ketenangan jiwa sewaktu berhadapan dengan kesusahan dalam menempuh apa jua dugaan.

ZIKIR HARIAN

untuk mengelakkan SIHIR dan GANGGUAN MAKHLUK HALUS , bolehlah mengamalkan ayat KURSI, 3 QUL ( AL IKHLAS , AL FALAQ DAN AL NAS ), SURAH AL SAFFAT ( 1-10 ) DAN SEBAGAINYA. UNTUK MEMELIHARA RUMAH DARI GANGGUAN IBLIS DAN SYAITAN AMALKAN MEMBACA SURAH AL BAQARAH DAN SURAH ALI IMRAN SECARA KESELURUHAN.

Umat Islam perlu sentiasa membasahkan bibir dengan ZIKRULLAH. Apabila seseorang hamba itu dekat dengan PENCIPTANYA, maka segala gerak gerinya adalah di kawal oleh ALLAH. Apabila seseorang itu di kawal oleh-NYA , maka dia akan terpelihara daripada perbuatan jahat dan keji. Kesemua ZIKIR ini telahpun ada dalam syariat. Insya Allah akan bertemu jua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan