Translate

Jumaat, 10 April 2015

CARA PEMAKAIAN PAKAIAN IKUT RASULLAH saw

Pakaian merupakan keperluan hidup untuk menutup AURAT. Malah dengan cara berpakaian , dapat kita simpulkan mengenai sikap dan perwatakkan seseorang. seperti perkara-perara lain, dalam tatacara berpakaian juga RASULLAH saw berpesan agar umatnya mengenakan pakaian yang bersesuaian . Sehubungan itu, Rasullah saw berpesan cara memilih pakaian yang sesuai. ANTARANYA :


  1. pakaian yang BERSIH , LONGGAR , DAN TIDAK TEMBUS PANDANGAN orang yang melihatnya menutup AURAT.
  2. tidak menunjukkan pakaian yang MEWAH dan MAHAL sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan KERENDAHAN HATI.
  3. RASULLAH saw gemar pakaian jenis GAMIS yang bercorak.
  4. bagi kaum lelaki dilarang berpakaian daripada sutera dan emas .
  5. pakaian yang tidak terlalu panjang dan labuh sehingga mencecah lantai dan tanah
  6. kaum lelaki dilarang memakai  pakaian wanita yang menutup tapak kaki kerana ia melambangkan kesombongan.
  7. bagi kaum wanita muslimah , pakaian biarlah panjang atau labuh menutupi tapak kaki dan tudungnya menutupi kepala , leher dan dada.
  8. lelaki di larang berpakaian wanita begitu juga sebaliknya.
  9. tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal dan lusuh.
  10. mengutamakan pakaian berwarna PUTIH kerana RASULLAH saw menyukai warna tersebut.

Pakaian GAMIS 


TATACARA BERPAKAIAN :

  1. berdoa ketika akan berpakaian , misalnya " Segala puji bagi ALLAH yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai REZEKI-Nya tanpa daya dan kekuatanku."
  2. Berdoalah ketika menyarung kan pakaian baru. Doanya ialah " YA ALLAH ,,, BAGIMU SEGALA PUJI , ENGKAU TELAH MEMAKAIKAN PAKAIAN INI KEPADAKU. AKU MEMOHON KEPADAMU KEBAIKKANNYA DAN AKIBAT KEBAIKKANNYA. AKU BERLINDUNG PULA KEPADAMU DARIPADA KEJAHATAN DAN AKIBAT KEJAHATANNYA."
  3. SUNAH berpakaian dari sebelah KANAN dahulu.
  4. disunatkan berpakaian dari sebelah KANAN dahulu.
  5. berpakaian biarlah KEMAS dan BERSIH disesuaikan dengan tempat.
  6. disunatkan melucutkan pakaian dari sebelah KIRI dahulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan