Translate

Selasa, 28 April 2015

Beramal SEBELUM sampai LIMA (5) PERKARA

BERAMAL SEBELUM SAMPAI LIMA ( 5 ) PERKARA

Sudah lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberikan peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan dan barulah mula mengingati ALLAH swt.

Rasullah SAW bersabda :

“ Rebutlah lima (5) perkara sebelum datangnya lima (5) perkara iaitu: Pertama , masa sihat sebelum sakit, Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit ( miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tibanya masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datangnya masa tua. Kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” ( Riwayat al-Hakim dan al- Baihaqi)

1. SIHAT SEBELUM SAKIT:

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.
Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara memperbanyakkan ibadat.

2. KAYA SEBELUM MISKIN:

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberikan keuntungan, terutamanya di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan , memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim orang miskin menunaikan haji dan berzakat.

3. LAPANG SEBELUM SEMPIT:

Sebahagian besar umat Islam terarah  akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokkan semata-mata ketika lapang.
Sepatutnya mereka perlu mengisikan masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati itu untuk memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap ALLAH swt , bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

4. MUDA SEBELUM TUA:

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.
Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua. Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.

5. HIDUP SEBELUM MATI:

Inilah kesudahannya yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh ALLAH swt.

Kenapa?
Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasullah.

Firman ALLAH swt :


“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali meraka yang beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan mereka berpusu-pusu dengan kesabaran.” ( Surah al-Asr : ayat 1-3 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan