assalammualaikum ..
Mandi Junub
Telah dipastikan
bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya
kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog
masing-masing..terima kasihAssalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut,
tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang
tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk
melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan
hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti
dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke
seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah
Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais
Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas
kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat
Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi
tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan
air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat
yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai
mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap
orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak
mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air
keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat
hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah
Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan
yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid
kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi
wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat
itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah
membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.
Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan
air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke
badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah. Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan ,
menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,
najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis
dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu
meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan
bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut
seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya,
tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
Bulu2 dalam lubang
hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2
di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di
dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di
bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam
kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan
pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu
diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika
dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih
dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang
rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang
begitu mudah.
Yang menyebabkan
mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana
pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini
berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna
pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal
ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan
sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah
bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa
sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun
mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah
atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh
umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji
Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar
air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air
telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang
bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan
mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum
tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali
sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan
kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 2. Untuk
menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan
solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada
Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah
senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata
kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah
sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak
menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang
teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih
bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal,
perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 6. Untuk mengembangkan diri,
sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan
disayangi.
Rahsia 13 Inilah
dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi
yang baru tahu……1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari
dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan
tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita
yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah
di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan
memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2
Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2
Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat
Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di
dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan
Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu
yang perasan!!!” Wassalam.“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik
manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…
SEMOAGA SEGALA AMALAN KITA DIBERKATI DAN DIREDHAI OLEH ALLAH SWT.
P/S: JAGA IMAN DAN
JUGA JAGA AMAL.