Assalammualaikum wbt...
Pesanan Rasullah bukan sahaja buat kaum wanita malah Baginda berpesan kepada kaum ADAM. Di antara pesanan Rasullah s.a.w kepada kaum ADAM ialah :
1. Hendaklah bangun mengerjakan solat pada pertengahan malam walaupun hanya sekadar dua rakaat pendek. Ini kerana orang yang bangun bersujud kepada Allah INI sentiasa dekat dengan Pencipta-Nya.
2. Barang siapa yang Allah berikan nikmat kepadanya dia bersyukur dan Allah beri dugaan dia bersabar dan jika berbuat jahat dia memohon ampun , nescaya bolehlah dia masuk ke syurga dari mana- mana pintu yang dikehendaki.
3. Amalkanlah memanjangkan zikir dan membaca Al-Quran setiap Kali selesai solat subuh. Ganjaran yang amat besar dijanjikan oleh Allah swt bagi sesiapa yang melakukan amalan ini.
4. Lazimkan diri menyebut nama Allah sebelum terbit fajar dan terbit matahari. Ganjaran yang besar daripada Allah bagi yang mengamalkan perkara ini.
5. Biasakan diri berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya DOA itu tidak akan dibiarkan.
6. Sesiapa yang mengamalkan surah Al-mulk Dan surah Al-sajdah sebelum tidur pada seriap malam , maka akan mengutuskan teman untuknya di dalam kubur Dan meringankan di alam barzakh.
7. Tebarkan salam kepada sesama muslim . Ia menggambarkan ketinggian akhlak , kemuliaan Dan dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam.
Pesanan-pesanan yang disampaikan oleh Rasullah saw ini merupakan perkara-perkara yang mudah dilakukan asal sahaja ada kemahuan meningkatkan keimanan kita. Tetapi berapa ramaikah yang bersedia mengikut pesanan Rasullah saw itu?
Sekian.
Terima kasih.
Semoga ia memberi manfaat buat anda semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan