Translate

Khamis, 21 Mei 2015

Kerap menyebut ALLAH daripada menyebut MAKHLUK

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Kerap menyebut ALLAH daripada menyebut MAKHLUK






Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kekadang terlupa bahawa terlalu banyak nikmat ALLAH berikan kepada kita terlupa memuji dan menyebut nam ALLAH. Mengapa kita boleh menjadi sebegitu ALPA???

Makhluk yang tidak sepatutnya kita puji , kita puji berlebihan sedangkan nikmat yang ALLAH berikan tidak terlintas pun kita mahu memujinya. Kita hanya mengucapkan ALHAMDULILAH apabila kita kekenyangan sedangkan nikmat ALLAH yang boleh kita lafazkan kalimat itu. Pujian seumpama itu hanya sekadar di mulut sahaja tetapi tidak meresap ke dalam hati.




Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan ZIKRULLAH. Ini kerana dengan ZIKRULLAH kita sentiasa ingat nikmat ALLAH limpahkan. IMAM IBNU QAYYIM mengatakan :

" Sesungguhnya ZIKIR adalah makanan bagi HATI DAN ROH. Apabila hamba ALLAH gersang daripada siraman ZIKIR , jadilah ia bagai tubuh yang terhalang untuk memperolehi makanan asasnya."


5 Pesanan Rasullah s.a.w

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Rasullah s.a.w ada lima ( 5 ) pesanan untuk UMATNYA berhubung perkara tersebut... Antaranya:

  1. Kerap Menyebut Allah daripada menyebut MAKHLUK
  2. Kerap menyebut AKHIRAT daripada menyebut urusan DUNIA .
  3. Kerap menyebut dan mengingati hal KEMATIAN daripada hal KEHIDUPAN.
  4. USah selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga
  5. Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.



Begitu lah pesanan Rasullah s.a.w agar umat Islam sentiasa diberkati Allah dengan mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat. Apa jua Pesanan Rasullah s.a.w memang sesuai diamalkan sepanjang masa cuma kita sahaja yang lalai dan leka dengan setiap pesanan berharga.

Jangan selalu sebut KEAIBAN atau KEBURUKAN orang lain


Assalammualaikum dan salam sejahtera....


Jangan selalu sebut KEAIBAN atau KEBURUKAN orang lain:






Bagaikan sudah menjadi kebiasaan , adakala kita kita suka menjaja keburukan orang lain walaupun perbuatan itu jelas berdosa. Apa yang menghairankan , keburukan diri sendiri tidak terlihat tetapi lebih mudah melihat keburukan orang lain. 



Islam menuntut kita melihat kekurangan diri agar dapat memperbaiki kelemahan. Memburukkan atau mengaibkan orang lain sebenarnya memberi isyarat diri kita yang tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang , satu jari kepada orang lain itu tetapi Empat lagi menuding kepada diri sendiri.





Ini bermakna bukan bukan orang itu yang buruk , tetapi diri kita yang lebih teruk daripadanya.

Perangkap syaitan yang menggunakan pelbagai cara untuk menghumbankan kita ke dalam neraka sewajarnya dapat dijadikan iktibar. Usah terperdaya dengan tipu daya hingga tergamak jika menjaja keburukan dan membuka keaiban orang.

Rasullah s.a.w pernah berkata,

" Cukuplah bagi seseorang keburukan jika dia menghina saudaranya sesama MUSLIM."





Usah selalu menyebut KEBAIKAN diri dan keluarga

assalammualaikum dan salam sejahtera...

Usah selalu menyebut KEBAIKAN diri dan keluarga




Boleh dikatakan ramai yang suka apabila menyebut kebaikan diri dan keluarga di hadapan khayalak ramai. Kita terlupa semua itu adalah perangkap syaitan kerana perbuatan ini akan menyebabkan kita sombong. Apatah lagi yang ingin memuji itu adalah rakan baik kita.

Lama kelamaan kita akan berasa tinggi diri daripada orang lain. Sedikit sebanyak kebaikan yang kita lakukan , seolah-olah kita sudah berbuat baik kepada seluruh penghuni duni. Sebaik-baiknya , elakkan daripada memperkatakan kebaikan diri dan keluarga di mata orang.

Penyakit meninggi diri ini ibarat api dalam serkam yang merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat lagi jika menimbukan riak atau bangga diri. ALLAH memberi amaran tidak akan mencium BAU SYURGA. Malah , riak juga adalah satu unsur daripada SYIRIK.

Rasullah s.a.w berpesan,

" Yang amat kutakuti atas kamu ialah SYIRIK yang paling kecil iaitu RIAK "

Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan meninggalkan amal orang.

Ahad, 17 Mei 2015

Kerap menyebut dan Mengingati hal Kematian daripada hal Kehidupan

Assalammualaikum dan salam sejahtera..


KERAP MENYEBUT DAN MENGINGATI HAL KEMATIAN DARIPADA HAL KEHIDUPAN :





Memikirkan bekalan hidup ketika hari tua sudah menjadi kebiasaan dalam hidup tetapi kita jarang memikirkan apakah telah menyediakan bekalan secukupnya untuk AKHIRAT ? Memikirkan tentang mati adalah SUNAT kerana IA akan membuatkan kita insaf dan sedar betapa kurangnya amalan yang telah kita sediakan untuk ke sana. Seperti juga perjalanan lain, perjalanan jauh ke AKHIRAT sudah tentu memerlukan bekalan yang mencukupi. Bekalan itu hendaklah disediakan semasa hidup di DUNIA. Dunia ibarat kebun AKHIRAT. Kalau tidak mengusahakan kebun dunia , masakan dapat mengutip hasilnya di AKHIRAT.

Kerap menyebut Akhirat daripada menyebut Dunia

Assalammualaikum Dan salam sejahtera.....


Kerap menyebut Akhirat daripada menyebut Dunia



 Dunia INI diciptakan Oleh Allah untuk umat Islam mendiami di sampling memikul AMANAHNYA , mematuhi perintah Dan meninggalkan APA yang dilarangNYA. Setiap manusia yang diberi peluang untuk hid up wajar melakukan persiapan bagi bekalan di AKHIRAT setelah diberi peluang mengecapi nikmat DUNIA.


 Nikmat di Dunia terlalu sedikit dibandingkan AKHIRAT.


Masa 1000 tahun sama ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di antara di DUNIA ini berbanding AKHIRAT. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek akal sibuk memikirkan hal keduniaan sehingga bekalan untuk hari akhirat.






Oleh itu , lipat gandakan usaha mencari bekalan di akhirat dengan mengingati Allah setiap masa dan serial ketika. Dengan menyebut Dan mengingati kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat until berbuat amal ibadat dan amal kebajikan sebanyak mungkin.


 Kata Imam al-Qurtubi ,

 " Tuntutlah kurniaan Allah di DUNIA Dan AKHiRAT. Dan tuntutlah kurniaan Allah daripada Dunia Dan Akhirat , iaitu SYURGA."






Jumaat, 15 Mei 2015

Kasih Ibu Sampai ke Syurga

Assalammualaikum dan salam sejahtera...


Kasih Ibu Membawa ke Syurga


Makan. Hanya itulah yang bersiar-siar di ruang mindaku. Perutku mengeluarkan bunyi-bunyi yang kurang enak didengar. Meronta-ronta meminta diisi sesuatu. Masakan tidak, sejak awal pagi lagi tidak ditunaikan lagi nafkah perutku. Lantas aku mencapai kunci kereta di atas meja makan. Aku bersiap ala kadar sahaja. Destinasi yang harus ku tuju ialah Restoran As-Salam. Walaupun terletak hanya 200 meter dari rumahku, aku tidak berdaya hendak berjalan kaki untuk ke sana. Bukan apa, aku tidak mahu mengambil sebarang risiko. Andai kata aku pengsan ketika berjalan, siapa pula yang rela hati untuk membantuku? Biarlah minyak keretaku habis, asalkan aku tidak terseksa dan aku tidak menyeksakan orang lain.


“Hishh…..benci betul la. Masa aku tengah kebulur ni la parking penuh!” ucapku sendirian. Sudah 3 kali aku tawaf restoran ini. Tapi tiada tanda-tanda orang lain hendak beredar. Nasibku baik. Setelah 5 minit menunggu, ada sebuah kereta Proton Persona yang hendak keluar. Aku tidak melepaskan peluang keemasan ini. Aku meletakkan kereta dengan penuh berhemah. Tiba di restoran itu, aku mengambil tempat yang agak suram dan terlindung sedikit daripada orang ramai. Bagiku tempat duduk itu mempunyai lebih privasi dan tidak ada sebarang gangguan untuk aku menikmati selera.


Suasana hingar-bingar tidak begitu mengusikku. Aku leka memerhatikan keadaan restoran yang serba sederhana itu. Pandanganku berpindah dari satu sudut ke sudut yang lain. Berbagai-bagai ragam manusia yang dapat kulihat. Ada yang ketawa riang, ada yang berwajah keletihan dan ada juga yang tenang. Masing-masing mempamerkan emosi yang hanya mereka sahaja yang dapat menafsirkannya. “Mamak, nasi goreng kampung satu!”. Satu suara insan melaung memesan makanan. Aku sedikit tersentak.


Ibu…….hanya itu sahaja yang terlintas di fikiranku ketika itu. Sudah lama rasanya aku tidak pulang ke kampung. Aku terlalu rindu untuk merasa nasi goreng dari air tangan ibuku sendiri. Aku dapat merasakan ibu seperti sedang memerhatikanku. Wajah ibu yang sudah berkedut, tenang dan sentiasa tersenyum sentiasa bermain-main dalam fikiranku. Ibu, aku terlalu merinduimu. Aku rindukan pelukanmu. Aku rindukan saat aku dan ibu berbual-bual di anjung rumah kami yang usang suatu ketika dahulu. Kami berkongsi cerita. Mulut ibu tidak henti-henti berceloteh itu dan ini. Dan aku pula menjadi pendengar yang setia. Sesekali tawa kami berderai, memecah kesunyian malam.


Suasana riuh-rendah semakin jauh dari pendengaranku. Semakin lama semakin perlahan lalu bertukar menjadi semakin sayup dan akhirnya hilang. Aku tenggelam dalam kenanganku sendiri. Memori lama menggamit kembali. Masihku ingat suatu peristiwa yang tidak dapat kulupakan sehingga hari ini. Masih bertapak kukuh di benak fikiranku, Malah memori itu semakin lama semakin kukuh dalam hatiku. Tidak mungkin dapat aku lupakan sehingga aku menutup mata untuk selama-lamanya. Memori yang pasti akan mengalirkan air mataku jika diimbau kembali.


“Along, pergi kedai beli sayur dan telur. Ibu nak masak nasi goreng. Cepat, banyak lagi kerja yang ibu nak buat lepas ini!” laung ibu dari dapur. Aku melangkah longlai dan malas rasanya untuk pergi ke kedai. Berbekalkan wang RM 10, aku berjalan menuju ke kedai. Ibu mencapai beg plastik dari tanganku sebaik sahaja aku pulang. Ibu sangat cekap, segala yang dilakukan sangat pantas dan teratur. Bagi ibu, setiap saat itu sangat berharga dan tidak boleh disia-siakan begitu sahaja.


Barangkali status ibu tunggal menjadikan ibu begitu. Setiap masa ada sahaja yang dilakukan. Tidak pernah kulihat ibu bersenang-senang tanpa membuat apa-apa kerja. Kecuali ketika kami berbual-bual pada waktu malam sahaja, ibu akan duduk di sisiku. Berbual-bual sambil melepaskan lelah setelah seharian mencari rezeki. Ibu berhempas-pulas mengerah tulang empat kerat untuk membesarkan kami lima beradik yang masih bersekolah. Aku kagum dengan ibu. Dia tidak pernah mengeluh walaupun aku tahu ibu penat. Ibu juga seorang wanita. Kudratnya tidak sehebat mana jika dibandingkan dengan kaum Adam.


Tidak sampai sepuluh minit, masakan ibu sudah terhidang di atas meja makan. Aroma nasi goreng yang mampu membuatkan sesiapa  sahaja yang kenyang akan menjadi lapar. Aku dan adik-adikku yang lain duduk di meja makan. Geli hatiku melihat gelagat adik-adikku yang berebut-rebut untuk makan. Aku membahagikan sama rata nasi goreng itu.


Aku terpandang kelibat ibu di dapur. Aku mengajak ibu makan bersama-sama kami. “Ibu, jom kita makan sama-sama.” “Tak apalah, ibu kenyang lagi, tadi ibu dah makan. Kamu makanlah dulu dengan adik-adik kamu. Lagipun ibu ada banyak lagi kerja nak dibuat.” Berkali-kali aku mengajak, Namun hampa. Jawapannya tetap sama. Malah ibu tidak menghiraukan lagi ajakanku. Ibu sibuk membasuh pakaian. Aku hanya menjamah sedikit sahaja nasi goreng itu. Aku membiarkan adik-adikku yang lain makan. Lagipun kami jarang sekali dapat menikmati juadah ini. Keadaan keluargaku yang serba dhaif membuatkan kami sekeluarga terpaksa berjimat-cermat dan mengikut perut. Bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Pendapatan ibu tidaklah seberapa. Ibu hanya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah syarikat swasta. Gaji ibu sebulan hanya RM 400. Duit itulah kami sekeluarga gunakan untuk keperluan harian. Pernah suatu ketika, kami tidak menjamah nasi selama seminggu. Tetapi itu tidak mematahkan semangatku dan adik-adikku. Malah, situasi ini menjadikan kami lebih matang dan tabah. Aku berazam untuk mengubah kehidupanku kelak. Bagiku, biarlah ibu merasa nikmat kesenangan sebelum dia menutup mata meninggalkan kami untuk selama-lamanya.


Aku mengemas meja dan mengutip pinggan mangkuk untuk dicuci. Setelah selesai aku bergegas masuk ke bilik untuk mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia semakin hampir tiba. Aku berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Hanya pelajaran sahaja yang mampu mengubah hidup kami sekeluarga.


Setelah satu jam menelaah pelajaran, tekakku terasa kering. Aku bergegas pergi ke dapur. Langkahku terhenti, mataku terpaku. Aku melihat sesuatu yang tidak pernah ku lihat sebelum ini. Suatu yang sangat menyayat hatiku. Aku melihat ibu sedang melakukan sesuatu. Aku mengintai di sebalik langsir dapur. Sayu hatiku melihat ibu yang sedang menguis kerak nasi goreng di dalam kuali, dan kemudian ibu mengunyahnya perlahan-lahan. Ibu tidak menyedari kehadiranku. Aku tidak dapat lagi membendung air mataku. Manik-manik jernih mengalir deras di pipiku. Hatiku merintih. Tidak dapat kugambarkan perasaanku ketika itu.


Barulah ku tahu ibu sebenarnya lapar. Tetapi memandangkan nasi itu tidak cukup untuk kami berenam, ibu sanggup tidak makan demi anak-anaknya. Patutlah ibu tidak makan bersama kami tadi walaupun berkali-kali kuajak. Ibu terlalu mulia. Aku sendiri tidak mampu untuk melakukan seperti itu. Agak lama aku di situ. Aku melihat gelagat ibuku. Aku menegur ibuku. “Ibu buat apa?” aku bertanya. Eh, Along! Ibu….ibu….nak bagi ayam makan kerak nasi ni. Sayang pula kalau nak dibuang,” balas ibu. Aku melangkah ke bilik. Sebak di dada masih bersisa. Ibu menyembunyikan hal yang sebenar, bisikku. Peristiwa itu banyak mengajar aku erti kehidupan. Sejak peristiwa

itu, aku menjadi trauma. Lama aku tidak menyentuh nasi goreng. Bukan apa, aku akan teringat peristiwa itu kembali.

“Dik, ni pesanannya.” Aku terpinga-pinga kebingungan. Baru ku sedar bahawa aku masih berada di dalam restoran dan di hadapanku berdiri tegak seorang pemuda yang membawa pesananku. Lamunanku hilang begitu sahaja. Aku mengesat air mata yang ada dipipiku. Aku melihat wajah pemuda itu. Barangkali hairan kenapa aku menangis di situ.


Seleraku mati begitu sahaja. Aku tidak mahu menjamah makanan yang terhidang di hadapanku itu. Salah seorang pelayan restoran kupanggil untuk membungkus makanan yang masih panas.


Ibu sudah lama meninggal. Masih terngiang-ngiang di telingaku, doktor berkata, organ dalaman ibu rosak kerana makanannya tidak dapat dihadam dengan baik. Destinasiku ialah pusara ibu. Sudah lama aku tidak melawat ibu di sana. Akanku luahkan rinduku di hadapan pusara ibu. Keretaku laju membelah lebuh raya menuju ke kampung halaman.


p/s: kisah ini bukanlah kisah sebenar tentang diri saya..ia sekadar perkongsian sahaja untuk mengingatkan diri sendiri & pembaca2 semua..semoga bermanfaat!! Al Fatihah ....

Sebagai Renungan

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

MENGENAI WANITA & KUBUR 
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada  Rasulullah akan hal  tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang  yang penyayang tidak akan sia-sia'.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya  1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak  bersalin, maka Allah  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.   
  

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara  anaknya yang  sakit, maka Allah memberinya pahala seperti  memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan   orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari  pasar ke rumah) lalu  diberikan kepada keluarganya, maka  pahalanya seperti    bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada
suaminya (10,000 tahun).   
  

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa  bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,  masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.   
  

12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih  besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,  'Suaminya. 'Siapa pula  berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang  ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup       pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 
 

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga. 
  

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau  tiga saudara   perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia  bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan  penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu    daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah  sebenarnya yang  membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu  sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
 


SATU PERINGATAN!!  

KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu  membaca  Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,  
Maka teranglah aku dengan selalu solat malam. 


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.  

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;   

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.   
  

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.  

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.  

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.  








Khamis, 14 Mei 2015

JOM SIMPAN DUIT bersama KELUARGA

Assalammualaikum dan salam sejahtera..


Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa pada masa kini mendidik anak-anak menabung sejak kecil lagi. Dengan menabung , ada aktiviti-aktiviti yang menarik untuk dilakukan bersama-sama keluarga. Jom kota beraktiviti.


Sediakan beberapa balang kaca yang kosong. Letakkan label pada setiap balang untuk membezakan setiap satu. Contoh: Balang A Pendidikan, Balang B Kecemasan Balang C perniagaan dan seterusnya


Selepas mengetahui tujuan mereka menyimpan ke dalam balang tersebut tetapkan matlamat dengan menyediakan carta. Sasarkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menyimpan wang dalam balang tersebut bagi mencapai matlamat tersebut.

Sebagai Contoh
Harga sebuah kereta : RM 30000 ( Antara yang murah)
Bulanan : RM 50
setahun : RM 50 X 12 = RM 600

Galakkan mereka menyimpan wang ke dalam balang secara kerap dengan memberi balasan berupa hadiah atau kata-kata semangat.

Setiap balang yang sudah berisi , catatkan perbelanjaan secara terperinci sekiranya kita menggunakan duit tersebut.

Demi keselamatan tabungan ini, disarankan anda menyimpan di bank. Lebih baik jika mempunyai beberapa akaun dengan tujuan yang berbeza.


Sekiranya masih memiliki buku akaun , lebih baik jangan ditukarkan kesemuanya kepada kad ATM bagi mengawal pengeluaran wang terlalu kerap.

Akhir sekali , cari pendapatan sampingan yang tidak membebankan. Gunakan duit simpanan dalam balang yang digunakan sebagai modal perniagaan.