Translate

Ahad, 30 Ogos 2015

DOA SEBELUM BERWUDHUK DAN SELEPAS BERWUDHUK

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulilah...

DOA ketika mengambil wudhuk

DOA SEBELUM BERWUDHUK



SELEPAS BERWUDHUK


SEKIAN 
TERIMA KASIH

Ahad, 23 Ogos 2015

DOA PENERANG HATI

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah....

Doa ini pun boleh diamalkan selalu....


DOA PENERANG HATI

DOA BANGUN DARI TIDUR

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah ... Masih bernafas lagi .... Sihat dengan IZIN-NYA...


DOA KETIKA BANGUN DARI TIDUR


SEKIAN TERIMA KASIH


Sabtu, 22 Ogos 2015

DOA SEBELUM TIDUR

Assalammualaikum dan salam...

Alhamdulilah...

Sebelum tidur mari lah kita membaca ayat pelindung diri :

1. AL FATIHAH

2. SURAH AL IKHLAS

3. SURAH AL FALAQ

4. SURAH AN NAS

5. AYAT KURSI


DOA SEBELUM TIDUR

Jumaat, 21 Ogos 2015

DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulilah...

Jangan lupa ye ... Setiap kali selesai solat... Kita wajib membaca doa untuk kesejahteraan kedua IBU bapa kita .... Mereka telah membesarkan Kita sejak dalam perut hingga kita membesar sehingga kini.... Mereka telah menatang kita seperti menatang minyak yang penuh...

Mari kita membaca DOA tersebut ye...

Dimulai dengan :

Al-Fatihah


DOA UNTUK KEDUA IBU BAPA



DOA MUDAHKAN HAFALAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera...


Alhamdulilah....

DOA tersebut bukan sahaja diamalkan oleh kanak-kanak di dalam persekolahan ... Malahan IBU bapa juga boleh amalkan setiap hari.



DOA MUDAHKAN HAFALAN


Selasa, 18 Ogos 2015

SALAM MERDEKA UNTUKMU MALAYSIA

Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Tanggal 31 Ogos 1957 setiap tahun , Negara kita sudah mencapai kemerdekaan selama 58 tahun usianya....
ALHAMDULILAH....
Kita tetap bersyukur , kita ditempatkan NEGARA DIKATEGORIKAN SEBAGAI NEGARA DEMOKRATIK AMAN DAN AMAN SEJAHTERA... Semoga NEGARA KITA SENTIASA DILIMPAHKAN RAHMAT-NYA DAN DIBERKATI-NYA SELALU....


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI KE-58 TAHUN



#SEHATISEJIWA
HARI KEBANGSAAN 2015


Sekian
Terima kasih

Smile always ...

Isnin, 17 Ogos 2015

Intipati catatan kuliah Dhuha

Assalammualaikum wbt......
Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)
1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka
2.Ketika air mani dipancarkan ke dalam rahim, 40 juta sperma berenang masak & hanya satu sahaja yang diizinkan Allah bercantum dengan ovum untuk membentuk nuftah & hadapan di alam rahim sehingga 9 bln.
3.Ketika di dalam kandungan(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bagaimana)    
- amalan & kehadapann ( kahwin dgn siapa, berapa orang anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.
4.Walaupun telah ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.
5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yang boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yang tidak boleh berubah. Contoh : 40 hari sebelum kematian
6. Kita hidup di  alam ini adalah dalam keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.
7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..
8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang-kadang celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yang terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.
9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sebanyak 99 ujian kematian bermula  dari bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yang ke 100 maka kamu akan mati..
10. Siapa-siapa yang berusia pada umur 40 tahun tetapi dia tidak berubah sikap ke arah yang baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..
11.Setiap yang hidup akan merasai mati..roh orang beriman adalah seperti minyak yang berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki untuk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana sampai ke perut akan terdengar beberapa urat putus dan bagi lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tapi bagi orang yang tidak beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan sahaja..tidak ada apa-apa yang berlaku..
12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yang roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..
13. Tanda-tanda jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu banyak ketika sakarul maut.
14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit sahaja.
15. Sakitnya perempuan yang bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..
16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jadi imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..
17. Ustaz berkongsi doa yang dibacakan oleh anak-anak kepada ayahnya yang telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)
"Ya Allah ..waktu mana kami kecil-kecil...ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tapi kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dul u..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami ........."
18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..
19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yang sangat huru hara seperti padang mahsyar ini..siapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti..
Dihantar sekali lagi untuk peringatan kepada kita semua agar banyk bersedekah terutama pada bulan Ramadhan nanti.
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yangg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah....." -(surah al mu'minun:10)
Sedang
kan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
"Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?
1) amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga
2) sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan
3) pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4) sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5) sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7) sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8) sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)
9) sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10) sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11) orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
12) pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yg besar
13) orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia.
17) sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2.
Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan msj ini dengan niat bersedekah. Kerana setiap orang yang "copy paste"
Sekian terima kasih.

Sabtu, 15 Ogos 2015

"8 MACAM AZAB KAUM WANITA DINERAKA SERTA SEBABNYA"



Assalammualaikum dan salam sejahtera....


8 MACAM AZAB KAUM WANITA DI NERAKA SERTA SEBABNYA:



Semoga Diampuni Dosa Dosanya Dan Kelak Menjadi Penghuni Syurganya Allah Swt..Aamiin yaa Rabbal'Aalamiin..
Saudara dan saudari kaum Muslimin dan Muslimat, renungan khususnya untuk para wanita, (HAWA).
Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw, mengapa beliau menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di isra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
Rasulullah saw menjawab, seperti ini:
1. Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, Otaknya mendidih.
2. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, Tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
3. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.
4. Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
5. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
6. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
7. Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
8. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti (mengumpat, dll), sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan, "Mengapa mereka disiksa seperti itu?"
Rasulullah menjawab,
"Wahai putriku, Adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang digantung adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan
perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
Perempuan yang memotong sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena dia meninggalkan solat dan tidak mahu mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Wahai Sahabatku Kaum muslimah..
Mari Kita Semua Mulai Memperbaiki Diri.. sebelum Semua Terlambat..
Tutuplah Aurat Dengan Sempurna jagalah lisan Dan Akhlak kita..


Sebelum Datangnya maut Merenggut nyawa kita, yang Bisa Menyelamatkan kita Kelak Dari Azab neraka Adalah Amalan Sholeh yg kita Kerjakan Semasa Hidup Didunia ini...
Ya Allah,,,,,akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”..Aamiin yaa Allah yaa Rabbal'Aalamiin...
Boleh Dishare Sahabatku...
Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1(satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)





semoga Yg membagikan Terhindar dari azab atau siksaan.Aamiin

Daripada:


Ustadz Yusuf Mansur
Sekian Terima kasih...

Sabtu, 8 Ogos 2015

BALASAN ORANG YANG MENDERHAKAI KEPADA KEDUA IBU BAPA

Assalammualaikum wbt....

ALLAH swt telah berfirman mengenai balasan orang yang menderhakai kepada kedua ibubapa seperti :


" Dan janganlah kamu berkata kepada kedua-duanya walaupun " CIS " dan janganlah mengherdik mereka sebaliknya bercakap dengan mereka dengan mereka dengan perkataan yang mulia ( LEMAH LEMBUT) "     

( AL- ISRA' :23 )

Nabi saw telah bersabda yang bermaksud :

" Tiada bezanya diantara orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan iblis di dalam nereka melainkan dengan satu darjat. Dan tiada bezanya di antara orang dan para nabi di dalam syurga melainkan dengan satu darjat iaitu mereka dapat bersama para nabi di dalam syurga."

Ada riwayat mengatakan bahawa Nabi saw bersabda :

" Pada malam peristiwa MIKRAJ ke langit aku melihat beberapa orang yang tergantung kesemuanya pada pelepah tamar di dalam nereka. Lalu aku telah bertanya : " Siapakah mereka itu wahai Jibrail?" Maka jawabnya , " Wahai Muhammad itulah orang yang menyumpah ( mencemuh) ibubapanya." 

Sabdanya lagi :

" Wasiatku bagi kamu agar menjaga SOLAT dan BERBUAT BAIKLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA serta dan ORANG YANG ADA DI DALAM TANGGUNGJAWAB KAMU, maka bahawasanya BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUANYA boleh menambahkan umurnya tiga tahun. Lalu apabila seseorang itu berbuat baik kepada orang tuanya maka dijadikan ALLAH swt umurnya yang tiga tahun itu menjadi 30 tahun, sebaliknya jika ia mencemuh orang tuanya ALLAH swt menjadikan umurnya yang tiga tahun itu menjadi tiga hari."

Baginda bersabda lagi:

" Barangsiapa yang derhaka kepada kedua orang tuanya maka ia derhaka kepada ALLAH swt dan rasulNYA. Dan golongan yang mendapat seksaan yang paling berat di dalam nereka JAHANAM ada tiga iaitu orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang berzina dan orang yang syirik kepada ALLAH swt."

Terdapat satu kisah daripada orang yang soleh ia berkata:

" Aku berjalan di tanah perkuburan pada satu malam ... maka aku melihat satu kubur sedang mengeluarkan asap yang terlalu banyak , lalu aku berhenti melihat kepadanya tiba-tiba kubur itu terbelah dan keluar daripadanya seorang manusia terlalu hitam mukanya dan tangannya ada tongkat daripada besi, di hadapannya seekor keldai memalu atas kepalanya dan keldai itu berteriak kuat. Kemudian keldai tersebut ditarik ke dalam kubur dengan rantai besi daripada api nereka maka masuklah kedua-duanya lalu tertutup kuburnya. Seterusnya aku berjalan dan tiba-tiba aku bertemu seorang perempuan dan aku bertanya kepadanya mengenai kejadian demikian itu. Perempuan itu berkata, " Inilah orang yang berzina, meminum arak, mencemuh ibu bapanya serta ia berkata berteriaklah engkau seperti aku tatkala mati. Maka dijadikannya oleh ALLAH swt keldai dan mendapat seksaan itu pada setiap malam."


Oleh itu, sentiasa berlindung kepada ALLAH swt daripada perbuatan isi nereka dan pohonlah ampun dan RAHMAT, sesungguhnya ALLAH SWT itu MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

Sekian.
Terima kasih

Semoga pembacaan kali ini memberi MANFAAT buat anda semua.

Hargailah mereka sepanjang usia mereka masih ada. Sayangilah mereka.