ALLAH swt telah berfirman mengenai balasan orang yang menderhakai kepada kedua ibubapa seperti :
" Dan janganlah kamu berkata kepada kedua-duanya walaupun " CIS " dan janganlah mengherdik mereka sebaliknya bercakap dengan mereka dengan mereka dengan perkataan yang mulia ( LEMAH LEMBUT) "
( AL- ISRA' :23 )
Nabi saw telah bersabda yang bermaksud :
" Tiada bezanya diantara orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan iblis di dalam nereka melainkan dengan satu darjat. Dan tiada bezanya di antara orang dan para nabi di dalam syurga melainkan dengan satu darjat iaitu mereka dapat bersama para nabi di dalam syurga."
Ada riwayat mengatakan bahawa Nabi saw bersabda :
" Pada malam peristiwa MIKRAJ ke langit aku melihat beberapa orang yang tergantung kesemuanya pada pelepah tamar di dalam nereka. Lalu aku telah bertanya : " Siapakah mereka itu wahai Jibrail?" Maka jawabnya , " Wahai Muhammad itulah orang yang menyumpah ( mencemuh) ibubapanya."
Sabdanya lagi :
" Wasiatku bagi kamu agar menjaga SOLAT dan BERBUAT BAIKLAH KEPADA KEDUA IBU BAPA serta dan ORANG YANG ADA DI DALAM TANGGUNGJAWAB KAMU, maka bahawasanya BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUANYA boleh menambahkan umurnya tiga tahun. Lalu apabila seseorang itu berbuat baik kepada orang tuanya maka dijadikan ALLAH swt umurnya yang tiga tahun itu menjadi 30 tahun, sebaliknya jika ia mencemuh orang tuanya ALLAH swt menjadikan umurnya yang tiga tahun itu menjadi tiga hari."
Baginda bersabda lagi:
" Barangsiapa yang derhaka kepada kedua orang tuanya maka ia derhaka kepada ALLAH swt dan rasulNYA. Dan golongan yang mendapat seksaan yang paling berat di dalam nereka JAHANAM ada tiga iaitu orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang berzina dan orang yang syirik kepada ALLAH swt."
Terdapat satu kisah daripada orang yang soleh ia berkata:
" Aku berjalan di tanah perkuburan pada satu malam ... maka aku melihat satu kubur sedang mengeluarkan asap yang terlalu banyak , lalu aku berhenti melihat kepadanya tiba-tiba kubur itu terbelah dan keluar daripadanya seorang manusia terlalu hitam mukanya dan tangannya ada tongkat daripada besi, di hadapannya seekor keldai memalu atas kepalanya dan keldai itu berteriak kuat. Kemudian keldai tersebut ditarik ke dalam kubur dengan rantai besi daripada api nereka maka masuklah kedua-duanya lalu tertutup kuburnya. Seterusnya aku berjalan dan tiba-tiba aku bertemu seorang perempuan dan aku bertanya kepadanya mengenai kejadian demikian itu. Perempuan itu berkata, " Inilah orang yang berzina, meminum arak, mencemuh ibu bapanya serta ia berkata berteriaklah engkau seperti aku tatkala mati. Maka dijadikannya oleh ALLAH swt keldai dan mendapat seksaan itu pada setiap malam."
Oleh itu, sentiasa berlindung kepada ALLAH swt daripada perbuatan isi nereka dan pohonlah ampun dan RAHMAT, sesungguhnya ALLAH SWT itu MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.
Sekian.
Terima kasih
Semoga pembacaan kali ini memberi MANFAAT buat anda semua.
Hargailah mereka sepanjang usia mereka masih ada. Sayangilah mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan