KENAPA KITA KENA RASA & HUNTING LAILATUL QADR ITU
SEBAGAI MALAM YANG TERISTIMEWA YANG ALLAH INGIN BERIKAN KEPADA MANUSIA?
1. Bilakah malam lailatul qadr? Sedikit research ulama’:
-dalam surah Al-Qadr, terdapat 5 ayat, dan dari situ membawa
5 malam yang ganjil di 10 mlm terakhir.
-ibnu abbas, mengatakan ia berada di malam ke 27, kenapa?
Dalam perkataan arab laylatul qadr ada 9 huruf dan perkataan ini disebut 3
kali, kemudian jika 9x3=27. Jadi malam ke 27 menjadi anggapan beliau. (bukan
dalil)
-ibnu abbas juga, mendapati surah ini mempunyai 30 perktaan,
tetapi yang MENARIKnya ialah PERKATAAN YANG KE 27 ada ‘hiyya’(dalam ayat 5)
bermaksud “itu”. “itu “ merujuk kepada malam laylatul qadr!
-Tetapi, malam laylatul qadr ini RAHSIA, hanya Allah
mengetahuinya, jadi lebih selamat utk berhabis habisan di kesemua malam
ini.(walaupun anda terpaksa byk tidur disiangnya)
2. Betapa HEBATNYA MALAM INI, mengikut tafseer ayat 1
-penggunaan “kami” dalam ayat ini menunjukkan
kehebatan/kekuasaan Allah dalam memberikan malam yang hebat ini!
-malam ini sgt mulia dan dan suci,krana pada malm itulah
Al-quran (merujuk perkataan ‘hu’) telah diturunkan secara LENGKAP dari lauh
mahfuz ke bayt izzah (dilangit dunia), this make this night so special!
-PERKATAAN QADR sendiri sangat besar maknanya, ia bermaksud
PEMUTUSAN/ANGGARAN/KEMULIAAN/PENGHARGAAN/KESIBUKAN/POWER. Allah sgt menghargai
malam ini kerana itu Dia mengatakan malam ini bersamaan 1000 BULAN!, Knapa
KESIBUKAN?, sebabnya pada mala mini, malaikat akan memenuhi bumi dan keaadaan
sangat sibuk dan penuh seakan traffic jam di bumi!
3. Dalam tafseer ayat 2
-perkataan “ma” yang memberi perasaan takjub/ surprise
berkenaan Allah bertanyakan “tahukah kamu apakah lailatul qadr itu?”
-dalam ayat 2 ini Allah mngulang lagi perkataan LAYLATUL
QADR menunjukkan betapa pentingnya malam ini!, dan kemudian dalam ayat 3 juga
yang tidak pernah perkataan lain dalam al-quran yang Allah mengulang SEHINGGA 3
KALI!
4. Dalam tafseer ayat 3
-Allah men’declare’ malam ini adalah better than 1000
months. Secara purata manusia hidup dalam umur mengikut hadis 60-70 tahun, jadi
kenapa 1000 bulan? 1000 bulan=80 tahun yang juga beerti jika kamu beribadah di
malam laylatul qadr ini ia menyamai pahala amalan SEUMUR HIDUP kita! Baiknya
Allah krana memberi peluang ini. He loves us most! Dan bayangkan setiap tahun
anda mendapat peluang laylatul qadr ini! masyaAllah.
-namun begitu, maksud 1000 bulan juga dikatan hiperbola yang
menunjukkan sebenarnya ialah better than FOREVER! Kerana kiraan Allah tidak
sama seperti manusia!
5. Dalam tafseer 4- Gambaran betapa banyaknya malaikat pada
malam itu.
-tanazalu perktaan asal =tatanazalu (idgham fi sorf)
membuktikan makna “banyak” rujuk [41:30]
-menurut Al-Bica’i: ‘ta’ bermaksud juga angels come down
quickly and secretly in this nite.
-kenapa dalam ayat ini perktaan malaikah disebut dahulu
sebelum perkataan ar-ruh(jibreel)? Kerana, biasanya jibreel akan disebut dahulu
jika ia berkenaan dengan specific kerjanya iaitu menurunkan wahyu ke
Rasululullah saw, namun special nya malam qadr adalah jibreel akan turut serta
dalam kesesakan malaikat pada mala mini seakan mengulang kerjanya juga pada
masa Rasulullah masih ada! Masya Allah specialnya.. T_T
-smua incident penurunan malaikat yang banyak ini tak bukan
hanyalah dengan izin Allah! (biizniRabbihim)
-kenapa keizinan ini penting? Ia utk menunjukkan malaikat
yang taat ini juga tidak mampu berbuat sesuatu tanpa izin Allah.dan dikatakan
seluruh task utk setahun akan diberi pada malam ini juga (termasuk siapa yang
akan diberi rezeki, siapa akan mati dan lain2)!
6. Tafseer ayat 5- kenapakah malaikat sangat suka dan TERUJA
untuk turun beramai-ramai pada malam ni?
-salamun hiyya hatta matlai’ fajr! BERMAKSUD, sejahtera;ah
malam itu sehingga ke fajr.
-salam ini dikatakan mrujuk kepada malaikat yang akan
melewati SETIAP manusia untuk mereka berjumpa dengan org beriman yang melakukan
ibadah, dan merka akan datnag individually kepada kita dan mngucapkan salam
buat kita! (mendoakan kita).
Alangkah rugi jika saat itu kita tidur berdengkuran.. T__T
perjalanan malaikat yg jauh hanya untuk mengucapkan salam pada kita! How
special….
-dan bacalah quran di waktu ini kerana bacaan itu
disaksikan, refer 17:78.
Menurut syed qutb,Fi zilal Al-Quran:
“Harini, kerna kejahilan dan nasibnya yang tidak baik,
manusia telah melupakan keagungan Lailatul Qadr, dan sejak itulah mereka telah
kehilangan nikmat Allah yg paling indah ini,disamping kerugian kebahagiaan dan
kedamaian yang hakiki iaitu kedamaina hati, rumahtangga dan masyarakat islam.
Kerugian kerugian itu tidak boleh diganti dengan kejyaan-kejayaan mereka di
bidang kemajuan kebendaan, tamadun dan pembangunan. Walaupun mereka kini mewah
dengan hsil hasil pengeluaran dan cukup lengkap denga segala kemudahan, namun
jiwa mereka tidak bahagia”
Rujukan:
tafseer fi zilal, ibnu katsir, Nouman Ali khan,
pustaka azhar.
sekian TERIMA KASIH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan