Translate

Ahad, 12 Julai 2015

PERKARA DILAKUKAN SEBELUM TIDUR

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulilah...

Perkara Dilakukan sebelum TIDUR:

Bukan sahaja kepada umatnya, Malah Rasullah saw juga sering berpesan kepada Aisyah r.a isteri Baginda. Antara pesanan tersebut adalah:





  1. Mengkhatam Al Quran.
  2. Memohon syafaat untuk diri sendiri.
  3. minta keredhaan para Muslim.
  4. Laksanakan Haji dan Umrah.







Mengkhatam Al Quran - membaca dan mengamalkan surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali. Ini kerana , jika surah ini dibaca sekali , maka ia menyamai membaca satu per tiga daripada Al Quran.


Cara memberi syafaat kepada diri sendiri - dengan mengamalkan solawat ke atas Nabi Muhammad saw setiap kali sebelum tidur pada waktu malam. Syafaat Baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh membantu selain diri sendiri dan amalan masing - masing.

Memohon keredhaan kepada kaum muslimin - dengan cara berdoa dan memohon agar ALLAH swt mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Cara membaca doa tersebut :

" Astaghfirullahalazim li wali wa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat alahya immin hum wal amwat .

( Maksudnya : Ampuni aku Ya ALLAH Yang Maha Besar , kedua ibu bapaku , muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat yang masih hidup dan telah mati"

 Mengerjakan Haji dan Umrah adalah dengan cara memperbanyakkan bertasbih ( SUBHANALLAH ) dan bertahmid ( ALHAMDULILAH ), bertahlil ( LA ILAHA ILLALLAH ) , bertakbir ( ALLAHU AKHBAR ), jika melakukan semua ini seolah-olah telah melaksanakan ibadah HAJI DAN UMRAH.

Seterusnya , jika mampu , amalkan sekurang-kurangnya tiga kali , selepas bacalah BISMILLAHIRAHMANIRAHIM sebanyak 21 kali . Sesudah itu bacalah doa sebelum tidur.

Rasullah saw selalu mengamalkan surah SAJADAH dan AL MULK sebelum tidur kerana dengan membaca surah tersebut akan memjadikan kubur sebagai tempat yang sejahtera dan terang benderang. Untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan ketika tidur , amalkan ayat KURSI dan ayat 4 QUL sebagai pelindung.




Amalkanlah menurut kemampuan masing-masing . Ini kerana setiap kita mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza. Sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah bakhil dalam memberi GANJARAN kepada hamba-hanbaNYA.









Sekian ..

TERIMA KASIH...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan