Translate

Selasa, 22 September 2015

CARA UNTUK MENCAPAI IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Bagaimana pula untuk mencapai IKHLAS?

Para ulama terdahulu telah menyenaraikan beberapa tip untuk menjaga keikhlasan dalam setiap amalan.

Antaranya :

1. Sesungguhnya amalan yang kita lakukan merupakan atas kuasa ALLAH SWT , bukan kerana kuasa kita.

2. Takut akan azab ALLAH SWT terhadap orang-orang yang sombong.

3. Memperbanyakkan amalan kebaikan yang tidak dilihat oleh orang lain. Misalnya seperti ibadah pada waktu malam , sedekah secara sembunyi-sembunyi , menangis dalam kesunyian dan lain-lain.

4. Beribadah dan tidak menceritakan kepada orang lain.

5. Merenungi ayat-ayat al-Quran.

6. Berdoa kepada ALLAH SWT  agar diberikan sifat ikhlas.

" YA ALLAH , KURNIAKANLAH KAMI KEIKHLASAN  DALAM AMAL DAN PERBUATAN...."

IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

APAKAH ITU IKHLAS???

IKHLAS adalah sebuah amalan yang telus kerana ALLAH SWT , tidak mengharapkan pujian mahupun penghormatan , serta tidak takut pada hinaan daripada manusia.

IKHLAS juga merupakan amalan atau sifat paling penting di dalam semua ibadah.

Cara untuk mendapatkannya adalah menjaga diri agar tidak jatuh ke dalam lembah riyak , suka pujian dan sombong.

" IBADAH YANG TERBAIK ADALAH YANG PALING IKHLAS DAN BENAR" ( ungkapan dari Fudhail bin 'Iyadh )

" Apakah maksud perkataan tuan tadi" , hamba Allah bertanya kan kepada beliau.

Jawabnya,
" SEBUAH AMALAN IBADAH YANG DILAKUKAN DENGAN BENAR NAMUN TANPA KEIKHLASAN , MAKA AMALAN TERSEBUT TIDAK AKAN DITERIMA. SEBALIKNYA , SEBUAH AMALAN YANG DILAKSANAKAN DENGAN IKHLAS TETAPI DIBUAT DENGAN TIDAK BENAR , MAKA AMALAN ITU AKAN DITOLAK. IKHLAS ADALAH KERANA ALLAH SWT , DAN BENAR ADALAH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. OLEH ITU, SETIAP IBADAH HARUS DITUNAIKAN DENGAN IKHLAS DAN BENAR."


Surah AL - IKHLAS 
AYAT 1 - 4
BERMAKSUD;

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

1. KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD )( TUHANKU ) IALAH ALLAH YANG MAHA
ESA. 
2. ALLAH YANG MENJADI TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK UNTUK MEMOHON SEBARANG HAJAT.
 3. DIA TIADA ANAK DAN DIA PULA TIDAK DIPERANAKKAN. 
4. DAN TIADA SESIAPAPUN YANG SERUPA DENGAN-NYA.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

NABI MUHAMMAD SAW DAN SUNNAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

" ..... DAN APA JUA PERINTAH YANG DIBAWA OLEH RASULLAH SAW KEPADA KAMU MAKA TERIMALAH SERTA AMALKAN , DAN APA JUA YANG DILARANGNYA MAKA HINDARKANLAH."

( SURAH AL-HASYR: AYAT : 7 )



Al-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI PANDUAN HIDUP BUAT SELAMANYSELAMANYn.

Al-quran adalah ilmu yang tiada tolok bandingnya. Rasullah saw menerima wahyu dan menyampaikan al - Quran itu kepada manusia seperti apa yang diwahyukan oleh ALLAH SWT kepadanya, tanpa ditambah atau dikurangi satu pun. 

Nabi Muhammad saw juga telah menyampaikan ilmu-ilmu yang ada di dalam al Quran kepada manusia, hingga kehidupannya sendiri merupakan penafsiran yang paling baik terhadap al-Quran. Oleh itu , sunnah Nabi Muhammad saw adalah satu cara beliau menafsirkan hukum hakam dan ajaran  ALLAH SWT di dalam kehidupan serta amalan sehari - hari. 

Taat kepada Rasul dan mengikuti apa yang diajarkan oleh beliau merupakan ibadah yang sangat penting dan dituntutdalam Islam. Orang yang mentaati Rasul bererti dia mentaati ALLAH SWT. Buktinya firman ALLAH SWT yang bermaksud:

" SESIAPA YANG TAAT KEPADA RASULLAH SAW , MAKA SESUNGGUHNYA IA TAAT KEPADA ALLAH SWT; DAN SESIAPA YANG BERPALING INGKAR, MAKA ( JANGANLAH ENGKAU BERDUKACITA WAHAI MUHAMMAD )  , KERANA KAMI TIDAK MENGUTUSMU UNTUK MENJADI PENGAWAL ( YANG MEMELIHARA MERELA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN ). 
( SURAH AN-NISA' : AYAT :80 )

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.

SEKIAN 
TERIMA KASIH