Translate

Selasa, 22 September 2015

CARA UNTUK MENCAPAI IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Bagaimana pula untuk mencapai IKHLAS?

Para ulama terdahulu telah menyenaraikan beberapa tip untuk menjaga keikhlasan dalam setiap amalan.

Antaranya :

1. Sesungguhnya amalan yang kita lakukan merupakan atas kuasa ALLAH SWT , bukan kerana kuasa kita.

2. Takut akan azab ALLAH SWT terhadap orang-orang yang sombong.

3. Memperbanyakkan amalan kebaikan yang tidak dilihat oleh orang lain. Misalnya seperti ibadah pada waktu malam , sedekah secara sembunyi-sembunyi , menangis dalam kesunyian dan lain-lain.

4. Beribadah dan tidak menceritakan kepada orang lain.

5. Merenungi ayat-ayat al-Quran.

6. Berdoa kepada ALLAH SWT  agar diberikan sifat ikhlas.

" YA ALLAH , KURNIAKANLAH KAMI KEIKHLASAN  DALAM AMAL DAN PERBUATAN...."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan