Assalammualaikum dan salam sejahtera.
STEVIA SWEETENER
APA ITU STEVIA
STEVIA - PENGGANTI GULA
Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum
disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia
menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal
pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia
paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan
lain seperti aspartame dan sukrosa.
Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut.
Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air
yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang
mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat
kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus
dan bergerutu.
Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian
sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk
bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini
akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan
keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh
juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat
rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada
daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan
rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan
tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang
ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan
mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan
darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka.
Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka
juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan
darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis
semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Dipercayai secara tradisional,
stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat.
Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah
menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.Kajian
terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia
manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak
menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.
Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan
dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap
kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun
stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada
tikus jantan.Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid
berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini,
satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106
orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah
tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali
sehari.
Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama
satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun
dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini
saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk
menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan
altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.
Stevia tidak begitu popular dikalangan rakyat Malaysia yang
masih gemarkan makanan dan minuman bermanis yang berlebihan. Ada negeri di
Malaysia yang semua masakkannya manis bergula. Masih ramai yang minat makan
roti canai cicah gula. Masih ada yang merungut kalau teh tariknya kurang manis.
Semakin ramai yang menghidap diabetes dan semakin ramai yang menderita
kerananya, namun, ianya tidak mampu mengurangkan kebergantungan kepada gula
atau manisan dari tebu ini.
Stevia boleh menjadi alternatif kepada gula tebu, namun
sehingga kini pelbagai kajian terus dijalankan untuk memastikan samada stevia
ini mampu dan berupaya untuk menjadi pengganti kepada gula ataupun tidak.
Jika anda bertemu dengan kajian sebaliknya yang menyatakan
bahawa stevia juga boleh memudaratkan - pastinya maklumat ini datang dari
kempen-kempen pengusaha terkemuka dunia yang menjadikan gula tebu sebagai asas
dalam produk keluaran mereka.
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat
yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Ia dikatakan boleh
menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai
pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.
Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan
bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil
berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.
Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada
keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih
apabila matang.
Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun
kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan
cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.
Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak
mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula
biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu
steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak
memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian
kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan
terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak
daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma
bila diuji pada tikus jantan.
Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang
diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia
mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk
pesakit darah tinggi. Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai
tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan
jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan
stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa
makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca
Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin
untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.
KEBAIKAN PEMANIS STEVIA
1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.
2. menurunkan kadar gula dalam darah , sesuai untuk pesakit diabetes dan hypolycemia
3. melawas pembuangan air kencing.
4. meningkatkan tenaga dalam badan.
5. membantu penghadaman makanan.
6. membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.
7. berupaya mengawal berat badan ( obesiti )
8. mengurangkan masalah keradangan.
9. dan lain-lain lagi.
TESTIMONI DARI RCC GLOBAL(M) SDN. BHD
jika anda berminat stevia sweetener boleh hubungi melalui :
Whatsapp saya :
FAIZUL
--- >>0173245614
--->>0173245614
--->>0173245614
atau
FIZA
--->>0173245640
--->>0173245640
--->>0173245640
SEKIAN.
TERIMA KASIH