Translate

Jumaat, 13 Januari 2017

RCC STEVIA SWEETENER

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



STEVIA SWEETENER

 APA ITU STEVIA

STEVIA - PENGGANTI GULA

Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu.

Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Dipercayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.

Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Stevia tidak begitu popular dikalangan rakyat Malaysia yang masih gemarkan makanan dan minuman bermanis yang berlebihan. Ada negeri di Malaysia yang semua masakkannya manis bergula. Masih ramai yang minat makan roti canai cicah gula. Masih ada yang merungut kalau teh tariknya kurang manis. Semakin ramai yang menghidap diabetes dan semakin ramai yang menderita kerananya, namun, ianya tidak mampu mengurangkan kebergantungan kepada gula atau manisan dari tebu ini.
Stevia boleh menjadi alternatif kepada gula tebu, namun sehingga kini pelbagai kajian terus dijalankan untuk memastikan samada stevia ini mampu dan berupaya untuk menjadi pengganti kepada gula ataupun tidak.

Jika anda bertemu dengan kajian sebaliknya yang menyatakan bahawa stevia juga boleh memudaratkan - pastinya maklumat ini datang dari kempen-kempen pengusaha terkemuka dunia yang menjadikan gula tebu sebagai asas dalam produk keluaran mereka.
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.
Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.
Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.


KEBAIKAN PEMANIS STEVIA

1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.

2. menurunkan kadar gula dalam darah , sesuai untuk pesakit diabetes dan hypolycemia

3. melawas pembuangan air kencing.

4. meningkatkan tenaga dalam badan.

5. membantu penghadaman makanan.

6. membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.

7. berupaya mengawal berat badan ( obesiti )

8. mengurangkan masalah keradangan.

9. dan lain-lain lagi.




TESTIMONI DARI RCC GLOBAL(M) SDN. BHD




jika anda berminat stevia sweetener boleh hubungi melalui :

Whatsapp saya  : 

FAIZUL

--- >>0173245614
--->>0173245614
--->>0173245614

atau 

FIZA 

--->>0173245640
--->>0173245640
--->>0173245640



SEKIAN.
TERIMA KASIH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan