Translate

Jumaat, 13 Januari 2017

RCC STEVIA SWEETENER

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



STEVIA SWEETENER

 APA ITU STEVIA

STEVIA - PENGGANTI GULA

Pokok stevia atau "sweet honey leaf" masih belum disyorkan untuk penanaman secara komersial di negara ini meskipun ia menghasilkan bahan yang lebih sihat berbanding gula. Tumbuhan itu juga dikenal pasti tidak mengandungi kalori, lemak, karbohidrat serta toksid menjadikan ia paling sesuai sebagai pemanis semula jadi menggantikan gula dan pemanis tiruan lain seperti aspartame dan sukrosa.

Stevia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram. Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu.

Dalam keadaan optimun, stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwarna putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Dipercayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.

Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Stevia tidak begitu popular dikalangan rakyat Malaysia yang masih gemarkan makanan dan minuman bermanis yang berlebihan. Ada negeri di Malaysia yang semua masakkannya manis bergula. Masih ramai yang minat makan roti canai cicah gula. Masih ada yang merungut kalau teh tariknya kurang manis. Semakin ramai yang menghidap diabetes dan semakin ramai yang menderita kerananya, namun, ianya tidak mampu mengurangkan kebergantungan kepada gula atau manisan dari tebu ini.
Stevia boleh menjadi alternatif kepada gula tebu, namun sehingga kini pelbagai kajian terus dijalankan untuk memastikan samada stevia ini mampu dan berupaya untuk menjadi pengganti kepada gula ataupun tidak.

Jika anda bertemu dengan kajian sebaliknya yang menyatakan bahawa stevia juga boleh memudaratkan - pastinya maklumat ini datang dari kempen-kempen pengusaha terkemuka dunia yang menjadikan gula tebu sebagai asas dalam produk keluaran mereka.
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.
Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.

Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.
Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.

Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi. Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.


KEBAIKAN PEMANIS STEVIA

1. Mengimbangi kandungan gula dalam badan.

2. menurunkan kadar gula dalam darah , sesuai untuk pesakit diabetes dan hypolycemia

3. melawas pembuangan air kencing.

4. meningkatkan tenaga dalam badan.

5. membantu penghadaman makanan.

6. membantu mereka yang mengalami masalah insomnia.

7. berupaya mengawal berat badan ( obesiti )

8. mengurangkan masalah keradangan.

9. dan lain-lain lagi.




TESTIMONI DARI RCC GLOBAL(M) SDN. BHD




jika anda berminat stevia sweetener boleh hubungi melalui :

Whatsapp saya  : 

FAIZUL

--- >>0173245614
--->>0173245614
--->>0173245614

atau 

FIZA 

--->>0173245640
--->>0173245640
--->>0173245640



SEKIAN.
TERIMA KASIH 

SALAM JUMAAT





Assalammualaikum sahabat BLOG 😊



Alhamdulillah :) 
Aamiin :)

Semoga sahabat beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat :)


Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Razzaq 
ُKami memohon kepada-Mu ya Allah, 
🌸berilah kami iman yang sempurna , 
🌸ilmu yang memberi manfaat, 
🌸rezeki yang halal, anak yang soleh, 
🌸rumahtangga yang bahagia, 
🌸usia yang berkat, 
🌸doa yang mustajab, 
🌸hajat yang tertunai, 
🌸kesihatan yang berterusan, 
🌸hutang yang terbayar, 
🌸keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.



Amin.. Ya Robbal 'alamin...😍😍😍

Allahumma Solli A'la Muhammad :)

Selasa, 26 Januari 2016

Pahala Besar Berbakti kepada Ibu Bapa Sepanjang Hayat

Assalammualaikum wbt





Ibu dan bapa adalah segala galanya buat insan yang bergelar anak,bukan susah untuk menjadi anak yang baik,tidak perlu untuk berasa "sentap" pada ibu bapa sesungguhnya ibu bapa akan lakukan apa yang terbaik buat anak anaknya. Hargai jasa dan pengorbanan mereka.
Memaki ibubapa adalah dosa besar Dari Abdullah bin ‘Amru ibn Al-‘As ra dari nabi saw :Di antara dosa besar ialah seseorang itu memaki dua ibubapanya,Lalu
Tanya mereka : Wahai Rasulullah, adakah seseorang itu memaki dua ibu bapanya?
Jawab baginda : Ya seseorang itu memaki bapa orang lain,maka orang itu memaki bapanya dan seseorang itu memaki ibu orang
lain maka orang itu memaki ibunya.( Sepakat dalam riwayat )

Keterangan :
Ada beberapa perkara yang termasuk di dalam dosa besar. Dalam hadis ini,salah satunya ialah al-kaba’ir iaitu memaki dua ibu bapa.
Apabila rasulullah saw menerangkan kepada sahabat bahawa memaki dua ibu bapa adalah dosa besar,sahabat pun bertanya : Adakah seseorang itu memaki ibu bapanya secara langsung?Tetapi rasulullah menerangkan bahawa memang benar ada orang yang memaki ibu bapanya,walaupun dengan tidak secara langsung tetapi ianya sama sahaja seperti langsung juga Perkara ini berlaku apabila seseorang itu memaki bapa orang lain,maka orang yang dimakinya itu memaki bapanya pula,Ini seolah-olah ia memaki bapanya sendiri,Maka kedua-dua orang yang berbalas-balas maki itu telah memaki bapa masing-masing dan mereka melakukan dosa besar. Perbuatan memaki ibu bapa menunjukkan seseorang itu hilang nilai moralnya dan berakhlak paling buruk,Mereka sepatutnya diberikan penghornatan tertinggi. Tidak kira ianya ibubapa sendiri atau ibubapa orang lain. Sikap angkuh kepada ibu bapa melambangkan rasa tidak hormat generasi muda terhadap yang tua. Tanpa yang tua tiada yang muda, Apabila mereka tuan kelak, generasi muda tidak menghormati yang berikutnya,Ini berpunca daripada pendidikan,Ibu bapa perlu memupuk akhlak daripada pendidikan sedari kecil dengan menerap kan akhlak akhlak untuk anak jalaninya ketika kecil dan membawa hingga ke dewasa. Usah semata-mata mementingkan pelajaran berbanding pendidikan. Ramai berilmu dan berpelajaran tinggi namun ilmunya tidak menjadikannya berakhlak mulia. Pendidikan Islam memiliki segala-galanya.

Kesimpulan :

1. Memaki ibu bapa adalah satu daripada dosa-dosa besar.

2.Seseorang yang memaki ibu bapa orang lain adalah dianggap sama seperti ia memaki ibu bapanya sendiri.

3.Orang yang sanggup memaki ibu bapa adalah orang yang rosak moralnya kerana ibu.bapa seharusnya diberi penghormatan yang paling utama sehingga percakapan dengan mereka mestilah dengan bahasa yang halus dan dengan cara yang amat mulia.

4.Tidak menghormati ibu bapa bererti tidak mengormati generasi tua pada hal mereka ini amat berjasa besar kepada generasi muda itu.

5. Kepincangan yang belaku di antara generasi muda dan tua ialah kerana system pendidikan yang salah,Sistem pendidikan
Islam perlu digunakan kerana kita adalah orang-orang Islam.

6. Generasi muda mestilah menghormati generasi tua dan generasi tua mestilah mengasihi generasi muda.

Berbaktilah kepada kedua orang tua:

Dimaksudkan dengan berbakti kepada kedua ibu bapa ini ialah berbuat baik kepada mereka mentaati, melaksanakan hak-hak
mereka,menjauhi tingkah laku yang boleh menyakiti hati orang tua dan banyak lagi perkara kebaikan yang boleh dilaksanakan
untuk mereka.

ALLAH SWT berfirman bermaksud, “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya berserta dengan
tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan”. (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a
katanya: Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah lalu bertanya: Siapakah
manusia paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin? Rasulullah bersabda yang bermaksud: Ibumu.
Beliau bertanya lagi: Kemudian siapa?
Rasulullah bersabda: Kemudian ibumu.
Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah
bersabda: Kemudian ibumu. Beliau terus bertanya: Kemudian siapa?
Rasulullah
bersabda: Kemudian ayahmu”. (Riwayat al-Bukhari).

Terus berbakti seumur hidup terhadap ibu bapa kita,besar ganjarannya.
bagi mereka yang bergelar
anak, segeralah berubah jika merasakan diri sentiasa menggores perasaan mereka,
Jangan lagi mengecewakan insan-insan yang telah membesarkan kita dengan sikap tidak elok kerana hidup ini silih berganti
dan umur pula semakin meningkat,Masih belum terlambat untuk berubah menjadi anak yang terbaik dunia dan akhirat.

Ahad, 27 Disember 2015

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Assalammualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdullilah....




KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al mu'minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.







Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah.

Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

·         sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan

·         pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

•     sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
•     sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
•     sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
•     sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya
•     pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar
•     sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan.
•     org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa
•     Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi
•     sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
•     Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan
•     sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
•     sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh




Sekian.
Terima kasih.



Selasa, 22 September 2015

CARA UNTUK MENCAPAI IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Bagaimana pula untuk mencapai IKHLAS?

Para ulama terdahulu telah menyenaraikan beberapa tip untuk menjaga keikhlasan dalam setiap amalan.

Antaranya :

1. Sesungguhnya amalan yang kita lakukan merupakan atas kuasa ALLAH SWT , bukan kerana kuasa kita.

2. Takut akan azab ALLAH SWT terhadap orang-orang yang sombong.

3. Memperbanyakkan amalan kebaikan yang tidak dilihat oleh orang lain. Misalnya seperti ibadah pada waktu malam , sedekah secara sembunyi-sembunyi , menangis dalam kesunyian dan lain-lain.

4. Beribadah dan tidak menceritakan kepada orang lain.

5. Merenungi ayat-ayat al-Quran.

6. Berdoa kepada ALLAH SWT  agar diberikan sifat ikhlas.

" YA ALLAH , KURNIAKANLAH KAMI KEIKHLASAN  DALAM AMAL DAN PERBUATAN...."

IKHLAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

APAKAH ITU IKHLAS???

IKHLAS adalah sebuah amalan yang telus kerana ALLAH SWT , tidak mengharapkan pujian mahupun penghormatan , serta tidak takut pada hinaan daripada manusia.

IKHLAS juga merupakan amalan atau sifat paling penting di dalam semua ibadah.

Cara untuk mendapatkannya adalah menjaga diri agar tidak jatuh ke dalam lembah riyak , suka pujian dan sombong.

" IBADAH YANG TERBAIK ADALAH YANG PALING IKHLAS DAN BENAR" ( ungkapan dari Fudhail bin 'Iyadh )

" Apakah maksud perkataan tuan tadi" , hamba Allah bertanya kan kepada beliau.

Jawabnya,
" SEBUAH AMALAN IBADAH YANG DILAKUKAN DENGAN BENAR NAMUN TANPA KEIKHLASAN , MAKA AMALAN TERSEBUT TIDAK AKAN DITERIMA. SEBALIKNYA , SEBUAH AMALAN YANG DILAKSANAKAN DENGAN IKHLAS TETAPI DIBUAT DENGAN TIDAK BENAR , MAKA AMALAN ITU AKAN DITOLAK. IKHLAS ADALAH KERANA ALLAH SWT , DAN BENAR ADALAH MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW. OLEH ITU, SETIAP IBADAH HARUS DITUNAIKAN DENGAN IKHLAS DAN BENAR."


Surah AL - IKHLAS 
AYAT 1 - 4
BERMAKSUD;

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

1. KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD )( TUHANKU ) IALAH ALLAH YANG MAHA
ESA. 
2. ALLAH YANG MENJADI TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK UNTUK MEMOHON SEBARANG HAJAT.
 3. DIA TIADA ANAK DAN DIA PULA TIDAK DIPERANAKKAN. 
4. DAN TIADA SESIAPAPUN YANG SERUPA DENGAN-NYA.

SEKIAN.
TERIMA KASIH.

NABI MUHAMMAD SAW DAN SUNNAH

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

" ..... DAN APA JUA PERINTAH YANG DIBAWA OLEH RASULLAH SAW KEPADA KAMU MAKA TERIMALAH SERTA AMALKAN , DAN APA JUA YANG DILARANGNYA MAKA HINDARKANLAH."

( SURAH AL-HASYR: AYAT : 7 )



Al-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI PANDUAN HIDUP BUAT SELAMANYSELAMANYn.

Al-quran adalah ilmu yang tiada tolok bandingnya. Rasullah saw menerima wahyu dan menyampaikan al - Quran itu kepada manusia seperti apa yang diwahyukan oleh ALLAH SWT kepadanya, tanpa ditambah atau dikurangi satu pun. 

Nabi Muhammad saw juga telah menyampaikan ilmu-ilmu yang ada di dalam al Quran kepada manusia, hingga kehidupannya sendiri merupakan penafsiran yang paling baik terhadap al-Quran. Oleh itu , sunnah Nabi Muhammad saw adalah satu cara beliau menafsirkan hukum hakam dan ajaran  ALLAH SWT di dalam kehidupan serta amalan sehari - hari. 

Taat kepada Rasul dan mengikuti apa yang diajarkan oleh beliau merupakan ibadah yang sangat penting dan dituntutdalam Islam. Orang yang mentaati Rasul bererti dia mentaati ALLAH SWT. Buktinya firman ALLAH SWT yang bermaksud:

" SESIAPA YANG TAAT KEPADA RASULLAH SAW , MAKA SESUNGGUHNYA IA TAAT KEPADA ALLAH SWT; DAN SESIAPA YANG BERPALING INGKAR, MAKA ( JANGANLAH ENGKAU BERDUKACITA WAHAI MUHAMMAD )  , KERANA KAMI TIDAK MENGUTUSMU UNTUK MENJADI PENGAWAL ( YANG MEMELIHARA MERELA DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN ). 
( SURAH AN-NISA' : AYAT :80 )

SEMOGA IA MEMBERIKAN MANFAAT UNTUK ANDA SEMUA.

SEKIAN 
TERIMA KASIH