Translate

Selasa, 28 April 2015

Beramal SEBELUM sampai LIMA (5) PERKARA

BERAMAL SEBELUM SAMPAI LIMA ( 5 ) PERKARA

Sudah lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberikan peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan dan barulah mula mengingati ALLAH swt.

Rasullah SAW bersabda :

“ Rebutlah lima (5) perkara sebelum datangnya lima (5) perkara iaitu: Pertama , masa sihat sebelum sakit, Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit ( miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tibanya masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datangnya masa tua. Kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” ( Riwayat al-Hakim dan al- Baihaqi)

1. SIHAT SEBELUM SAKIT:

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.
Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara memperbanyakkan ibadat.

2. KAYA SEBELUM MISKIN:

Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberikan keuntungan, terutamanya di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan , memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak-anak yatim orang miskin menunaikan haji dan berzakat.

3. LAPANG SEBELUM SEMPIT:

Sebahagian besar umat Islam terarah  akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokkan semata-mata ketika lapang.
Sepatutnya mereka perlu mengisikan masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati itu untuk memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap ALLAH swt , bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

4. MUDA SEBELUM TUA:

Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.
Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua. Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.

5. HIDUP SEBELUM MATI:

Inilah kesudahannya yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah. Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya. Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh ALLAH swt.

Kenapa?
Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.
Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasullah.

Firman ALLAH swt :


“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali meraka yang beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan mereka berpusu-pusu dengan kesabaran.” ( Surah al-Asr : ayat 1-3 )

Jumaat, 10 April 2015

CARA PEMAKAIAN PAKAIAN IKUT RASULLAH saw

Pakaian merupakan keperluan hidup untuk menutup AURAT. Malah dengan cara berpakaian , dapat kita simpulkan mengenai sikap dan perwatakkan seseorang. seperti perkara-perara lain, dalam tatacara berpakaian juga RASULLAH saw berpesan agar umatnya mengenakan pakaian yang bersesuaian . Sehubungan itu, Rasullah saw berpesan cara memilih pakaian yang sesuai. ANTARANYA :


  1. pakaian yang BERSIH , LONGGAR , DAN TIDAK TEMBUS PANDANGAN orang yang melihatnya menutup AURAT.
  2. tidak menunjukkan pakaian yang MEWAH dan MAHAL sebaliknya memakai pakaian yang melambangkan KERENDAHAN HATI.
  3. RASULLAH saw gemar pakaian jenis GAMIS yang bercorak.
  4. bagi kaum lelaki dilarang berpakaian daripada sutera dan emas .
  5. pakaian yang tidak terlalu panjang dan labuh sehingga mencecah lantai dan tanah
  6. kaum lelaki dilarang memakai  pakaian wanita yang menutup tapak kaki kerana ia melambangkan kesombongan.
  7. bagi kaum wanita muslimah , pakaian biarlah panjang atau labuh menutupi tapak kaki dan tudungnya menutupi kepala , leher dan dada.
  8. lelaki di larang berpakaian wanita begitu juga sebaliknya.
  9. tidak memakai pakaian yang bertampal-tampal dan lusuh.
  10. mengutamakan pakaian berwarna PUTIH kerana RASULLAH saw menyukai warna tersebut.

Pakaian GAMIS 


TATACARA BERPAKAIAN :

  1. berdoa ketika akan berpakaian , misalnya " Segala puji bagi ALLAH yang telah memberikan pakaian ini kepadaku sebagai REZEKI-Nya tanpa daya dan kekuatanku."
  2. Berdoalah ketika menyarung kan pakaian baru. Doanya ialah " YA ALLAH ,,, BAGIMU SEGALA PUJI , ENGKAU TELAH MEMAKAIKAN PAKAIAN INI KEPADAKU. AKU MEMOHON KEPADAMU KEBAIKKANNYA DAN AKIBAT KEBAIKKANNYA. AKU BERLINDUNG PULA KEPADAMU DARIPADA KEJAHATAN DAN AKIBAT KEJAHATANNYA."
  3. SUNAH berpakaian dari sebelah KANAN dahulu.
  4. disunatkan berpakaian dari sebelah KANAN dahulu.
  5. berpakaian biarlah KEMAS dan BERSIH disesuaikan dengan tempat.
  6. disunatkan melucutkan pakaian dari sebelah KIRI dahulu..

PERBANYAKKAN BERTASBIH DAN BERTAHMID

Assalammualaikum dan salam sejahtera





satu pekerjaan yang mudah tetapi jarang diambil perhatian walaupun mengandungi hikmah seperti dipandang mulia disisi ALLAH dan malaikat. Apakah perbuatan tersebut? Antaranya adalah ZIKIR-ZIKIR ringan yang terdiri daripada TASBIH , TAHMID , ISTIGHFAR dan KALIMAH TAUHID. Ia terdiri daripada tujuh ( 7 ) jenis ZIKIR seperti berikut:


  1. mengucapkan BISMILLAH pada setiap kali hendak melakukan sesuatu pekerjaan.
  2. mengucapkan ALHAMDULILAH setiap kali sesudah melakukan sesuatu tugas.
  3. mengucapkan ASTAGHFIRULLAH jika lidah tersilap menyebut perkataan yang tidak sepatutnya.
  4. mengucapkan  INSYA ALLAH jika merencanakan melakukan sesuatu pada masa akan datang.
  5. mengucapkan LA HAULA KAUWATA ILLA BILLA jika berhadapan dengan sesuatu yang tidak disukai atau diingini.
  6. mengucapkan INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN  jika berhadapan dengan sebarang musibah.
  7. mengucapkan LA ILAHA ALLAH MUHAMMAD RASULLAH sepanjang siang dan malam sehingga tidak terpisah dari lidahnya.

selain itu juga , banyak ZIKIR yang sunat diamalkan dalam kehidupan seharian. Antaranya seperti SUBHANALLAH, ALHAMDULILAH, DAN ALLAHUAKBAR setiap kali usai solat dan sebelum melelapkan mata pada malam hari. Zikir ini akan mendatangkan ketenangan jiwa sewaktu berhadapan dengan kesusahan dalam menempuh apa jua dugaan.

ZIKIR HARIAN

untuk mengelakkan SIHIR dan GANGGUAN MAKHLUK HALUS , bolehlah mengamalkan ayat KURSI, 3 QUL ( AL IKHLAS , AL FALAQ DAN AL NAS ), SURAH AL SAFFAT ( 1-10 ) DAN SEBAGAINYA. UNTUK MEMELIHARA RUMAH DARI GANGGUAN IBLIS DAN SYAITAN AMALKAN MEMBACA SURAH AL BAQARAH DAN SURAH ALI IMRAN SECARA KESELURUHAN.

Umat Islam perlu sentiasa membasahkan bibir dengan ZIKRULLAH. Apabila seseorang hamba itu dekat dengan PENCIPTANYA, maka segala gerak gerinya adalah di kawal oleh ALLAH. Apabila seseorang itu di kawal oleh-NYA , maka dia akan terpelihara daripada perbuatan jahat dan keji. Kesemua ZIKIR ini telahpun ada dalam syariat. Insya Allah akan bertemu jua.


TUJUH (7) GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN DARI ALLAH SWT


RASULLAH s.a.w memberitahu siapakah golongan yang mendapat naungan dan lindungan daripada ALLAH ?. Siapakah golongan yang dimaksudkan itu? Adakah kita termasuk di dalam golongan tersebut? Alangkah baiknya kita termasuk dalam golongan itu…

Tersebut Hadis daripada Abu Daud dan Ibnu Majah melaporkan, Rasullah s.a.w berkata , 

“ terdapat sebilangan manusia yang dinaungi ALLAH pada hari AKHIRAT kelak dan mereka itu adalah PEMERINTAH YANG ADIL, PEMUDA YANG SENTIASA MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH, ORANG YANG HATINYA SENTIASA TERIKAT DENGAN MASJID, DUA ORANG YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH DI MANA KEDUA-DUANYA BERTEMU DAN BERPISAH UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ILAHI, ORANG YANG DIPUJUK OLEH PEREMPUAN KAYA DAN CANTIK UNTUK BERZINA DENGANNYA TETAPI DIA MENOLAK DENGAN BERKATA: aku takut kepada ALLAH , orang yang bersedekah secara bersembunyi sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati ALLAH dalam keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain lalu menitiskan air mata kerana mengenali sifat-sifat ALLAH itu sendiri. 
  1.    PEMERINTAH YANG ADIL : APAKAH TANGGUNGJAWAB SESEORANG PEMERINTAH DALAM SESEBUAH NEGARA? SALAH SATUNYA ADALAH ADIL DALAM TANGGUNGJAWAB SI PEMERINTAH ITU. TANGGUNGJAWAB UNTUK PEMERINTAH YANG ADIL AMATLAH BERAT KERANA TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PELBAGAI RAGAM  MANUSIA APATAH LAGI UNTUK MEMBERKAB KEADILAN YANG SAKSAMA. GANJARANNYA AMAT  BESAR JIKA PEMERINTAH DAPAT MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN ADIL DAN SAKSAMA TETAPI JIKA SEBALIKNYA , AZABNYA AMATLAH PEDIH SEKALI YANG SEDIA MENANTI DI AKHIRAT KELAK.
  2.    ANAK MUDA YANG SENTIASA DEKAT DENGAN ALLAH : KETIKA USIA REMAJA , INILAH MASA YANG AMAT BERHARGA UNTUK MENENTUKAN MASA HADAPAN. JIKA DISALAH GUNAKAN IA AKAN MEMBERKAN KESAN  BURUK  TERHADAP KEHDUPAN SETERUSNYA. BERUNTUNGLAH  JIKA ANAK-ANAK MUDA YANG SENTIASA MENGINGATI ALLAH MENGISI MASA DENGAN MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA DAN BUKAN MELAKUKAN PERBUATAN SIA-SIA SAHAJA. SIKAP TAKWA INI LAH YANG PATUT DIPUPUK SEJAK KECIL LAGI.
  3. ORANG YANG HATINYA SENTIASA DEKAT DENGAN MASJID :  TERDAPAT HADIS YANG MENYATAKAN BAHAWA LANGKAHAN  MENUJU KE MASJID AKAN MENDAPAT GANJARAN YANG AMAT BESAR DAN LANGKAHAN ITU IBARAT SATU SEDEKAH BUATNYA.
  4. BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH : PERHUBUNGAN DI ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BERCANGGAH DENGAN BATAS AGAMA AKAN MENJURUS KEPADA KEMAKSIATAN. BAGAIMANAPUN JIKA IKATAN KASIH SAYANG ITU DILAKUKAN DENGAN IKHLAS MENGIKUT BATASAN AGAMA DAN KERANA ALLAH , MEREKA AKAN MENDAPAT PAHALADAN KEBERKATAN DISEBABKAN DIBATASI OLEH ADAB SOPAN DAN AGAMA.
  5. MENGELAK MELAKUKAN ZINA WALAUPUN DIPUJUK RAYU : HANYA LELAKI YANG TEGUH IMANNYA SAHAJA YANG MAMPU MENANGKIS PUJUK RAYU DAN GODAAN SYAITAN UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT. BAGI MENYEKAT KEINGINAN HAWA NAFSU MELAKUKAN MAKSIAT APATAH LAGI DENGAN PUJUKAN WANITA BUKANLAH SATU PERKARA MUDAH. ORANG YANG SENTIASA DEKAT DENGAN ALLAH SAHAJA YANG MAMPU BERBUAT BEGITU.
  6. BERSEDEKAH SECARA SEMBUNYI : ORANG YANG SENTIASA BERSEDEKAH DENGAN IKHLAS TIDAK AKAN MEUAR-UARKAN KEPADA ORANG LAIN MENGENAI PEMBERIAN SEDEKAHNYA. WALAUPUN IA ADALAH PERBUATAN BAIK, NAMUN DIA TIDAK MAHU KEIKHLASANNYA DISALAHERTIKAN. CARA YANG SEBAIK-BAIKNYA ADALAH BERSEDEKAH SECARA SENYAP SEHINGGAKAN PERBUATAN BAIKNYA ITU TIDAK DIKETAHUI OLEH ORANG LAIN ATAU ORANG YANG TERDEKAT.
  7. MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIR MATA : JARANG ADA ORANG MAHU MENITISKAN AIR MATA HANYA KERANA MENGINGATI ALLAH. SEBALIKNYA , MEREKA LEBIH BANYAK MENITISKAN AIR MATA KERANA PERKARA-PERKARA LAIN YANG LEBIH YANG TIADA HUBUNGAN DENGAN-NYA. HANYA MUKMIN SEJATI YANG SENTIASA MEMBESARKAN KEAGUNGAN ALLAH SAHAJA, HATI DAN JIWANYA TERASA DEKAT. DIA BERASA JIWANYA DALAM PEMELIHARAAN ALLAH DAN JAUH DARIPADA PERBUATAN YANG MELALAIKAN.