Translate

Ahad, 12 Julai 2015

MENCARI MALAM SERIBU MALAM LAILATUL QADAR

Assalammualaikum wbt





KENAPA KITA KENA RASA & HUNTING LAILATUL QADR ITU SEBAGAI MALAM YANG TERISTIMEWA YANG ALLAH INGIN BERIKAN KEPADA MANUSIA?

1. Bilakah malam lailatul qadr? Sedikit research ulama’:

-dalam surah Al-Qadr, terdapat 5 ayat, dan dari situ membawa 5 malam yang ganjil di 10 mlm terakhir.

-ibnu abbas, mengatakan ia berada di malam ke 27, kenapa? Dalam perkataan arab laylatul qadr ada 9 huruf dan perkataan ini disebut 3 kali, kemudian jika 9x3=27. Jadi malam ke 27 menjadi anggapan beliau. (bukan dalil)

-ibnu abbas juga, mendapati surah ini mempunyai 30 perktaan, tetapi yang MENARIKnya ialah PERKATAAN YANG KE 27 ada ‘hiyya’(dalam ayat 5) bermaksud “itu”. “itu “ merujuk kepada malam laylatul qadr!

-Tetapi, malam laylatul qadr ini RAHSIA, hanya Allah mengetahuinya, jadi lebih selamat utk berhabis habisan di kesemua malam ini.(walaupun anda terpaksa byk tidur disiangnya)

2. Betapa HEBATNYA MALAM INI, mengikut tafseer ayat 1

-penggunaan “kami” dalam ayat ini menunjukkan kehebatan/kekuasaan Allah dalam memberikan malam yang hebat ini!

-malam ini sgt mulia dan dan suci,krana pada malm itulah Al-quran (merujuk perkataan ‘hu’) telah diturunkan secara LENGKAP dari lauh mahfuz ke bayt izzah (dilangit dunia), this make this night so special!

-PERKATAAN QADR sendiri sangat besar maknanya, ia bermaksud 

PEMUTUSAN/ANGGARAN/KEMULIAAN/PENGHARGAAN/KESIBUKAN/POWER. Allah sgt menghargai malam ini kerana itu Dia mengatakan malam ini bersamaan 1000 BULAN!, Knapa KESIBUKAN?, sebabnya pada mala mini, malaikat akan memenuhi bumi dan keaadaan sangat sibuk dan penuh seakan traffic jam di bumi!

3. Dalam tafseer ayat 2

-perkataan “ma” yang memberi perasaan takjub/ surprise berkenaan Allah bertanyakan “tahukah kamu apakah lailatul qadr itu?”
-dalam ayat 2 ini Allah mngulang lagi perkataan LAYLATUL QADR menunjukkan betapa pentingnya malam ini!, dan kemudian dalam ayat 3 juga yang tidak pernah perkataan lain dalam al-quran yang Allah mengulang SEHINGGA 3 KALI!

4. Dalam tafseer ayat 3

-Allah men’declare’ malam ini adalah better than 1000 months. Secara purata manusia hidup dalam umur mengikut hadis 60-70 tahun, jadi kenapa 1000 bulan? 1000 bulan=80 tahun yang juga beerti jika kamu beribadah di malam laylatul qadr ini ia menyamai pahala amalan SEUMUR HIDUP kita! Baiknya Allah krana memberi peluang ini. He loves us most! Dan bayangkan setiap tahun anda mendapat peluang laylatul qadr ini! masyaAllah.

-namun begitu, maksud 1000 bulan juga dikatan hiperbola yang menunjukkan sebenarnya ialah better than FOREVER! Kerana kiraan Allah tidak sama seperti manusia!

5. Dalam tafseer 4- Gambaran betapa banyaknya malaikat pada malam itu.

-tanazalu perktaan asal =tatanazalu (idgham fi sorf) membuktikan makna “banyak” rujuk [41:30]
-menurut Al-Bica’i: ‘ta’ bermaksud juga angels come down quickly and secretly in this nite.
-kenapa dalam ayat ini perktaan malaikah disebut dahulu sebelum perkataan ar-ruh(jibreel)? Kerana, biasanya jibreel akan disebut dahulu jika ia berkenaan dengan specific kerjanya iaitu menurunkan wahyu ke Rasululullah saw, namun special nya malam qadr adalah jibreel akan turut serta dalam kesesakan malaikat pada mala mini seakan mengulang kerjanya juga pada masa Rasulullah masih ada! Masya Allah specialnya.. T_T
-smua incident penurunan malaikat yang banyak ini tak bukan hanyalah dengan izin Allah! (biizniRabbihim)
-kenapa keizinan ini penting? Ia utk menunjukkan malaikat yang taat ini juga tidak mampu berbuat sesuatu tanpa izin Allah.dan dikatakan seluruh task utk setahun akan diberi pada malam ini juga (termasuk siapa yang akan diberi rezeki, siapa akan mati dan lain2)!

6. Tafseer ayat 5- kenapakah malaikat sangat suka dan TERUJA untuk turun beramai-ramai pada malam ni?

-salamun hiyya hatta matlai’ fajr! BERMAKSUD, sejahtera;ah malam itu sehingga ke fajr.
-salam ini dikatakan mrujuk kepada malaikat yang akan melewati SETIAP manusia untuk mereka berjumpa dengan org beriman yang melakukan ibadah, dan merka akan datnag individually kepada kita dan mngucapkan salam buat kita! (mendoakan kita).
Alangkah rugi jika saat itu kita tidur berdengkuran.. T__T perjalanan malaikat yg jauh hanya untuk mengucapkan salam pada kita! How special….
-dan bacalah quran di waktu ini kerana bacaan itu disaksikan, refer 17:78.

Menurut syed qutb,Fi zilal Al-Quran:

“Harini, kerna kejahilan dan nasibnya yang tidak baik, manusia telah melupakan keagungan Lailatul Qadr, dan sejak itulah mereka telah kehilangan nikmat Allah yg paling indah ini,disamping kerugian kebahagiaan dan kedamaian yang hakiki iaitu kedamaina hati, rumahtangga dan masyarakat islam. Kerugian kerugian itu tidak boleh diganti dengan kejyaan-kejayaan mereka di bidang kemajuan kebendaan, tamadun dan pembangunan. Walaupun mereka kini mewah dengan hsil hasil pengeluaran dan cukup lengkap denga segala kemudahan, namun jiwa mereka tidak bahagia”


Rujukan:

tafseer fi zilal, ibnu katsir, Nouman Ali khan, pustaka azhar.

sekian TERIMA KASIH 

PERKARA DILAKUKAN SEBELUM TIDUR

Assalammualaikum wbt...

Alhamdulilah...

Perkara Dilakukan sebelum TIDUR:

Bukan sahaja kepada umatnya, Malah Rasullah saw juga sering berpesan kepada Aisyah r.a isteri Baginda. Antara pesanan tersebut adalah:





  1. Mengkhatam Al Quran.
  2. Memohon syafaat untuk diri sendiri.
  3. minta keredhaan para Muslim.
  4. Laksanakan Haji dan Umrah.







Mengkhatam Al Quran - membaca dan mengamalkan surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali. Ini kerana , jika surah ini dibaca sekali , maka ia menyamai membaca satu per tiga daripada Al Quran.


Cara memberi syafaat kepada diri sendiri - dengan mengamalkan solawat ke atas Nabi Muhammad saw setiap kali sebelum tidur pada waktu malam. Syafaat Baginda akan membantu seseorang ketika hari tiada siapa boleh membantu selain diri sendiri dan amalan masing - masing.

Memohon keredhaan kepada kaum muslimin - dengan cara berdoa dan memohon agar ALLAH swt mengampunkan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat. Cara membaca doa tersebut :

" Astaghfirullahalazim li wali wa lidaiya wali jami ilmuslimina wal muslimat alahya immin hum wal amwat .

( Maksudnya : Ampuni aku Ya ALLAH Yang Maha Besar , kedua ibu bapaku , muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat yang masih hidup dan telah mati"

 Mengerjakan Haji dan Umrah adalah dengan cara memperbanyakkan bertasbih ( SUBHANALLAH ) dan bertahmid ( ALHAMDULILAH ), bertahlil ( LA ILAHA ILLALLAH ) , bertakbir ( ALLAHU AKHBAR ), jika melakukan semua ini seolah-olah telah melaksanakan ibadah HAJI DAN UMRAH.

Seterusnya , jika mampu , amalkan sekurang-kurangnya tiga kali , selepas bacalah BISMILLAHIRAHMANIRAHIM sebanyak 21 kali . Sesudah itu bacalah doa sebelum tidur.

Rasullah saw selalu mengamalkan surah SAJADAH dan AL MULK sebelum tidur kerana dengan membaca surah tersebut akan memjadikan kubur sebagai tempat yang sejahtera dan terang benderang. Untuk mengelakkan gangguan jin dan syaitan ketika tidur , amalkan ayat KURSI dan ayat 4 QUL sebagai pelindung.




Amalkanlah menurut kemampuan masing-masing . Ini kerana setiap kita mempunyai kemampuan dan kecenderungan yang berbeza-beza. Sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah bakhil dalam memberi GANJARAN kepada hamba-hanbaNYA.









Sekian ..

TERIMA KASIH...