Anda pernah bermimpi...?
Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak
ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau
terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas
kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg
tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang
sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.
Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar
dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah
saudara aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya.
Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya
memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging
tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu
mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.
Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan
untuk orang muda.
Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya
itu?
Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang
disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?
Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd
Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada
ayahku.
Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais
rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang
didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal
mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat
kerana doa anaknya hanya khas untuknya.
Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita,
saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak
kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak
lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat
sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu
untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.
Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
**********
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada
tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir
dengan Allah.
Kedua:
*********
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya
sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu
dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat
3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
*********
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum
melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari
orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
***********
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat
dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
*********
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka
bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah
setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah
berlipat kali ganda.
Keenam:
**********
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
*********
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun,
sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan