Sememangnya ramai lagi masyarakat Malaysia masih malu untuk
mulakan perniagaan. Ada juga di antara mereka malu untuk berjumpa dengan pelanggan
serta malu untuk komersialkan dan promosikan produk atau servis mereka.
Mereka malu sekiranya produk mereka gagal dipasarkan serta
malu ditertawakan oleh rakan-rakan. Daripada hal ini, ramai juga yang tersalah
anggap bahawa perasaan malu tersebut boleh kita atasi dengan menjalankan
perniagaan dari rumah (perniagaan internet). Ternyata pandangan mereka
sememangnya salah!
Usahawan Tak Boleh Malu
Untuk berjaya dalam perniagaan internet, sebenarnya kita tak
boleh lari daripada pelanggan. Kadang-kadang, pelanggan lebih suka sekiranya
kita berjumpa dengan mereka, lagipun ia juga boleh menambah kepercayaan
terhadap kita.
Ternyata, dalam mana-mana perniagaan, kita selaku usahawan
memang tak boleh lari daripada perasaan malu. Memanglah perasaan malu ada baiknya,
tapi adakalanya sekiranya malu tak bertempat, ia akan menghalang proses bisnes
kita.
Tangani Perasaan Malu Anda
Jika timbul perasaan malu untuk berniaga, fikirkan sejenak
tentang 3 perkara di bawah ini :
1. Perniagaan Digalakkan Oleh Islam.
Menjalankan perniagaan merupakan kegiatan yang mulia dan
baik disisi Islam. Malahan, Rasulullah S.A.W pernah bersabda.
“9/10 daripada harta adalah dari hasil berniaga” – (HR
Tarmizi)
2. Perniagaan Sunnah Rasulullah s.a.w
Seperti yang kita tahu, menjalankan perniagaan merupakah
salah satu karier dijalankan oleh Nabi kita sendiri. Rasulullah S.A.W telah
didedahkan dengan dunia perniagaan sejak kecil lagi. Baginda mengikuti bapa
saudaranya, Abu Talib berniaga di seluruh pelusuk tanah arab.
Dari situ, Rasulullah belajar selok belok perniagaan
sehingga baginda mendapat kepercayaan dari umat Islam. Justeru itu, kenapa kita
perlu malu melakukan sunnah Rasulullah?
3.Perniagaan Boleh Menguasai Ekonomi Negara
Seperti yang sedia maklum, 10 orang terkaya di dunia
kebanyakannya menjalankan perniagaan. Sebagai contohnya, Robert Kuok yang
terkenal dengan Raja Gula serta Ananda Krishnan juga mempunyai empayar
perniagaan besar seperti Maxis dan Astro.
Dengan kekayaan, mereka juga dapat menyalurkan sumbangan
kepada golongan sederhana dan miskin di negara ini. Tidakkah itu satu perbuatan
yang mulia?
Jadi, tiada sebab untuk kita malu untuk berniaga. Tanya diri
sendiri sekali lagi, kenapa perlu malu untuk berniaga?
Sumber majalahniaga.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan