Translate

Rabu, 24 Jun 2015

KEWAJIPAN SUAMI SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN

Assalamualaikum Dan salam sejahtera....

Alhamdulilah semuanya sihat-sihat belaka... diRAHMATI OLEH YANG MAHA ESA LAGI MAHA PENYAYANG..


APAKAH KEWAJIPAN SUAMI SEBELUM DAN SELEPAS KAHWIN ( AKAD NIKAH)


Suami yang menjaga cinta dan keharmonian akan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna.

2. Memberi nafkah kepada isteri.

3. Menggauli isterinya dengan baik iaitu meliputi:

a. Memberikan nafkah sesuai dengan kemampuan.
b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal.
c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d. Memaafkan kesalahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e. Dihadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan Dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa disenangi Oleh suaminya.
f. Membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h. Melindungi isteri dari api neraka dengan cara mendidiknya agar sama-sama mengutamakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan.

Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan , perkataan atau perasaan.

5. Membimbing isteri.

Dengan memahami sifat isteri , suami boleh membimbing dan menasihat isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan faham.



Semoga memberikan manfaat buat  anda semua



Tiada ulasan:

Catat Ulasan